Jan 17, 2011

IMAM ABU HASSAN AL-ASY'ARI

Kitab Al-Ibanah Imam Abu Hassan Al-Asy'ari

LATAR BELAKANG

Penyusun aqidah Asya’irah (Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah) ialah Imam Ali bin Ismail bin Ishak bin Salim bin Abdullah Musa bin Bilal bin Bardah bin Abu Musa al-Asy’ari. Beliau lebih dikenali sebagai Imam Abu Hassan al-Asy’ari. Beliau juga merupakan cucu kepada salah seorang sahabat Rasulullah S.A.W. iaitu Saidina Abu Musa al-Asy’ari RA. Salah seorang perantara dalam sengketa antara Ali bin Abi Thalib dan Mu'awiyah

Beliau dilahirkan pada tahun 260 Hijrah di Basrah dan wafat pada 324 H/935 H. Ini bermakna beliau berkesempatan untuk hidup sebagai golongan Salaf al-Soleh sekitar tahun 300 Hijrah yang merupakan sebaik-baik generasi. 

Sepertimana Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Sebaik-baik manusia ialah (kaum Muslimin yang hidup) pada kurunku, kemudian diikuti oleh kurun yang sepelas mereka kemudian diikuti oleh kurun yang selepas mereka.
(Riwayat al-Bukhari, Muslim dan Ahmad).

Al-Asy'ari lahir di Basra, namun sebagian besar hidupnya di Baghdad. Pada waktu kecilnya ia berguru pada seorang Mu'tazilah terkenal, iaitu ayah tirinya Abu Ali Al-Jubbai, mempelajari ajaran-ajaran Muktazilah dan mendalaminya. Aliran ini diikutinya terus sampai berusia 40 tahun. Kebanyakkan hidupnya digunakan untuk mengarang buku-buku kemuktazilahan. 

Namun dengan hidayah Allah setelah beliau banyak merenungkan ayat-ayat Al Qur`an dan hadits-hadits Rasulullah, beliau mulai meragui terhadap ajaran Mu`tazilah. Apatah lagi setelah dialognya yang terkenal dengan pertanyaan-pertanyaan yang tidak dapat dijawab oleh Abu `Ali al Jubba`i dan setelah mimpi beliau bertemu dengan Rasulullah, beliau secara tegas keluar dari Mu`tazilah. Dan pada tahun 912 M dia mengumumkan keluar dari Fahaman Mu'tazilah, dan menyusun method ilmu aqidah yang mudah difahami yang kemudian dikenal sebagai Asy'ariah.

Dikhabarkan ketika usianya mencapai usia 40 tahun, ia bersembunyi di rumahnya selama 15 hari dan kemudian beliau berdebat dengan ayah tirinya mengenai kehidupan selepas mati. Selepas berdebat dan ayah tirinya tidak dapat menjawab persoalan yang ditanyakannya berkaitan perbuatan Allah Taala. Kemudian dia pergi ke Masjid Basrah. 

Di depan semua orang, dia menyatakan bahawa ia mula-mula dahulu mengatakan bahwa Quran adalah makhluk; Allah Swt tidak dapat dilihat dengan mata kepala; perbuatan buruk adalah manusia sendiri yang memperbuatnya (semua pendapat aliran Muktazilah).

Kemudian ia mengatakan: "saya tidak lagi memegangi pendapat-pendapat tersebut; saya harus menolak fahaman orang Muktazilah dan menunjukkan keburukan-keburukan dan kelemahan-kelemahanya. Dan mengisytiharkan dia kembali berpegang kepada aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah.

KITAB-KITABNYA

Imam Abu Hasan al-Asy’ari juga meninggalkan beberapa buku yang dikarangnya dan yang masih ada pada zaman sekarang antaranya Al-Ibanah Min Uslul Diniati. Dalam buku ini, beliau menyokong dengan tegas kepada Imam Ahmad bin Hanbal yang dipenjara dan didera oleh kerajaan Abbasiah yang menyokong Muktazilah pada zamannya. 

Begitu juga dalam buku AJ-Luma ‘ Fir Raddi ‘Ala Ahlil Zaighi wal Bid ‘i beliau mendedahkan hujah logik dan teks. Buku Maqalatul Islamiyiin mendedahkan fahaman-fahaman yang timbul dalam ilmu Kalam dan menjadi rujukan penting dalam pengajian fahaman-fahaman akidah. Buku Istihsan al-Khaudhi Fil Ilmu Kalam pula adalah risalah kecil bagi menolak hujah mereka yang mengharamkan ilmu Kalam.

Fahaman beliau berjaya mematikan hujah-hujah Muktazilah yang terpesong jauh iaitu membicarakan al-Quran sebagai kata-kata Allah yang kekal, isu melihat Allah pada hari Kiamat, membetulkan perkara yang berhubung dengan Qadak dan Qadar dan lain-lain dan menjadi golongan pertama yang menamakan Ahli Sunnah Wal Jamaah di tengah-tengah kelahiran pelbagai fahaman pada zamannya.

Imam Abu Hasan Asy’ari meninggal dunia pada tahun 324 Hijrah dengan meninggalkan pusaka ilmu yang terdiri daripada buku-buku karangan beliau serta murid-murid yang meneruskan perjuangannya. Akhirnya, ia meninggalkan aliran pengajian akidah yang dianuti oleh sebahagian besar umat Islam hari ini dalam melanda cabaran-cabaran baru yang tidak ada pada zamannya. 



No comments: