Oct 19, 2009

MAULID NABI

Ulasan mengenai sambutan maulidur rasul dikalangan Ahli Sunnah Waljamaah oleh Syeikh Nuruddin Al-Banjari. Ulasan untuk khutbah Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat


video
KHUTBAH NIK AZIZ

Perhatikanlah betul2 apa yg dikatakan oleh Nik Aziz.Dia telah menyamakan Rasulullah SAW sebagai "BUDAK KAMPUNG". Sanggupkah anda mengatakan junjungan kita Nabi SAW sebagai budak kampung yg tidak ada kaitan dengan kita. Sedangkan tanda-tanda kenabian telah kelihatan sejak kelahiran Nabi SAW. Wahai sahabatku sekalian, fikirkanlah apa yg saya kongsikan ini, masing-masing pasti dapat menilai pandangan mana yg lebih kuat hujahnya.Semoga kita semua mendapat syafaat dari Rasulullah SAW, insyaAllahu Taala,Amin ya Rabb..



video
ULASAN SYEIKH NURUDDIN 1




video
ULASAN SYEIKH NURUDDIN 2

WAKTU AFDHAL UNTUK BERDOA

1)Mendahulukan amal soleh sebelum berdoa
2)Ketika sujud
3)Ketika azan dan iqamat dan antara keduanya
4)Pada akhir daripada malam hari
5)Malam jumaat dan harinya
6)2 malam hari raya(idul fitri&idul adha)
7)Bulan ramadhan dan malam lailatul qadar
8)Malam nisfu syaaban
9)Awal malam daripada bulan rejab
10)Ketika melihat Baitullah
11)Ketika turun hujan
12)Tatkala datang kesusahan
13)Ketika berbaris di saf perang fi sabilillah
14)Selepas sembahyang 5 waktu
15)Selepas membaca Al-Quran
16)Pada waktu berkhatam Al-Quran
17)Ketika minum air zam-zam
18)Ketika berkokok ayam
19)Ketika berhimpun muslimin
20)Ketika majlis zikir

CINTA DUNIA

Cinta dunia adalah pangkal kepada segala kesalahan dan merupakan sebab dari setiap fitnah. Apabila cinta dunia itu menguasai hati setiap hamba, ia akan merusak hati itu dan menjadikannya hancur lebur. Kerana mencintainya merpakan pangkal kesalahan, membencinya merupakan pangkal ketaatandan kebaikan. Maka janfan sampai kesibukanmu didunia menjauhkanmu dari Tuhan.

Maka wajib bagi seorang hamba untuk zuhud didunia dengan cara tidak terlalu bergembira terhadap apa yang telah ia capai dan tidak susah terhadap sesuatu yang tidak ia dapatkan. Sepertimana hadis Nabi SAW :

"Barangsiapa cinta dunianya,ia akan memudharatkan akhiratnya, Dan barangsiapa cinta akhiratya, ia akan mengorbankan dunianya, maka lebih utamalah seuatu yang kekal daripada sesuatu yang rosak" (HR AHMAD dalam AL-MUSNAD)

"Barangsiapa yang niatnya adalah akhirat,maka Allah akan mengumpulkan segala keperluannya, dan dijadikanNya ia kaya hatinya, dunia akan mendatanginya secara hina. Dan barangsiapa yang niatnya adalah dunia, Allah akan mencerai-beraikan urusannya, dan akan menjadikan kefakiran didepan atanya, dan Dia tidak akan memberikan dunia kepadanya kecuali apa yang telah Allah tetapkan baginya"(HR IBNU MAJAH DAN TIRMIZI)

Ali R.A berkata "Hanya dua hal yang aku takutkan pada kalian semua ; panjang angan-angan dan menuruti hawa nafsu. Kerana panjang angan-angan akan melupakan akhirat dan menuruti hawa nafsu akan memalingkan seseorang dari kebenaran. Dunia jalan mundur, sedangkan akhirat berjalan kedepan, masing-masing adalah hamba, maka jadilah hamba akhirat dan janganlah kamu menjadi hamba dunia kerana hari ini hanyalah beramal dan tidak ada hisab, sedangkan hari esok ada hisab dan tiada amal lagi.

to be continue......

Oct 14, 2009

Detik Kewafatan Rasulullah SAW

video
DETIK KEWAFATAN RASULULLAH 1

video
DETIK KEWAFATAN RASULULLAH 2

video
DETIK KEWAFATAN RASULULLAH 3

video
DETIK KEWAFATAN RASULULLAH 4

video
DETIK KEWAFATAN RASULULLAH 5

Oct 2, 2009

TAUBAT

Bismillaahirrahmaanirrahim…

Taubat ialah pijakan pertama bagi setiap tingkatan spiritual dan maqam. Taubat ibarat bumi tempat mendirikan sebuah bangunan. Maka barangsiapa tidak punya tanah, ia tidak punya hal dan maqam. Sebagaimana orang yang tidak punya tanah dan kerana itu juga dia tidak punya bangunan.

TauBat nasuha ialah bertaubat zahir dan batin dan bertekad untuk tidak mengulanginya lagi. Banyak dalil-dalil untuk perkara taubat ini,antaranya ialah :

"Sesungguhnya Allah membentangkan kasihNya pada maam hari, agar pelaku dosa pada siang harinya bertaubat. Dan dia membentangkan kasihNYA pada siang hari agar orang yang berbuat salah pada malam harinya bertaubat. Demikianlah hukumNya hingga matahari terbit dari tempat terbenamnya" (HR MUSLIM DAN NASAI)

"Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hambanya selama ia belum sakaratulmaut” (HR AHMAD DAN TIRMIZI)

“Andaikata kalian berbuat dosa-dosa sampai mencapai langit, kemudian kalian menyesalinya, nescaya Dia akan mengampuni kalian” (HR IBNU MAJAH)

Hujjatul Islam, Imam Al-Ghazali berkata bahawa “Barangsiapa abai untuk menyegerakan taubat dengan menundanya, maka ia akan berada diantara dua jurang kekhawatiran yang sangat bahaya. Yang pertama ialah kegelapan-kegelapan maksiat yang akan bertompok dihati sehingga ia akan menjadi kotor berkarat dan tidak mudah hilang. Yang kedua ia akan didahului oleh sakit atau mati, sehingga ia tidak punya peluang untuk bertaubat lagi.”

Salah seorang sahabat pernah berkata bahawa “ Sesungguhnya kebanyakkan teriakan penduduk neraka lahir kerana menunda-nunda taubat.”

“Tidak ada suatupun yang lebih disenangi oleh Allah SWT daripada dua titisan iaitu titisan air mata kerana takut kepada Allah dan titisan darah yang mengalir di Jalan Allah”(HR TIRMIZI)

Ingatlah, telah tiba saatnya untuk melepaskan hawa nafsu, wahai orang-orang yang papa. Ingatlah, tiba saatnya kamu kembali menuju pintu Tuhanmu. Adakah kamu telah melupakan apa yang telah Dia berikan dan anugerahkan kepadamu. Tidakkah Dia telah menciptakan dan menyempurnakan penciptaanmu?. Tidakkah Dia telah meganugerahkan hati kepadamu?. Tidakkah kamu makan rezeki yang diberikanNya?. Tidakkah Dia telah memberikan kamu Iman dan menunjukkan kamu kepada Islam.

Lalu apa balasan kamu kepadanya?. Kamu balas semua itu dengan kelalaian, tenggelam dalam memenuhi hawa nafsumu. Walaupun engkau telah jauh daripada Tuhanmu, jika kamu kembali kepadaNya, Dia pasti akan menerima dan meredhaimu.

“Wahai anak Adam, selama engkau berdoa dan memohon kepadaKu, Aku akan mengampuni dan menghilangkan bebanmu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, andaikata dosamu mencapai awan dilangit, kemudian engkau memohon ampun kepadaKu. Aku akan mengampunimu. Wahai anak Adam, andaikata engkau mendatangiku dengan kesalahan sebanyak kulit bumi, kemudian engkau menemuiKu, dengan tidak menyekutukanKu dengan sesuatupun, niscaya Aku akan mendatangimu dengan sekulit bumi keampunan” (HR TIRMIZI dan dia menyatakannya hadis hasan)

Diceritakan dari Sahabat Nabi SAW bahawa Allah SWT berfirman :

“Wahai hambaKu, apabila engkau telah bertaubat dan kemudian merosakkannya, maka janganlah kamu malu untuk kembali kepadaKu untuk kedua kalinya. Apabila kamu merosakkan yang kedua kalinya, maka jangan sampai rasa malumu mencegahmu untuk kembali kepadaku pada kali yang ketiga. Apabila kamu merosakkan yang ketiga kali, maka kembalilah kepada Kamu pada kali yang keempat, Kerana Aku Maha Pemurah, tidak pernah Bakhil (kikir). Aku Maha Sabar, tidak pernah terburu-buru. Aku yang menutupi maksiat dan menerima orang-orang yang bertaubat. Aku mengampuni orang yang bersalah. Aku penyayang terhadap orang-orang yang menyesal dan Aku adalah Maha Pengasih. Siapakah yang bersandar pada pintu Kami lalu Kami menolaknya?. Siapakah yang bersandar pada perlindungan Kami lalu Kami mengusirnya?. Siapakah yang bertaubat kepada Kami lalu Kami tidak menerimanya?. Siapakah yang memohon ampun dari dosanya lalu Kami tidak mengampuninya?. Akulah yang mengampuni dosa-dosa dan menutupi aib-aib. Aku menolong orang yang susah. Wahai hambaKu, berdirilah dipintuKu, aku akan mencatatmu sebagai kekasihKu”

Apabila badan telah sakit,maka sia-sialah makan. Dan apabila hati telah buta kerana mencintai dunia,maka sia-sialah peringatan. Apabila hati telah keras,tidak bergunalah peringatan. Seperti tanah yang mati,hujan tidak berguna baginya. Sepertimana tidak berguna istighfar jika hati main-main,lalai,buta dan menghitam kerana banyaknya dosa dan lalai dari bertaubat.

TANDA DITERIMA TAUBAT

1) Dia hati-hati dengan urusan lidahnya sehingga mencegahnya dari dusta dan perbicaraan yang tiada ertinya. Dia malah menjadikannya sibuk dengan menyebut ALLAH dan membaca Al-Quran.

2) Dia ati-hati dalam urusan perutnya sehingga tidak masuk kedalam perutnya kecuali barang halal sekalipun sedikit.

3) Dia hati-hati dengan urusan matanya sehingga dia tidak melihat yang haram, tidak menatap dunia dengan pandangan kecintaan. Pandangannya hanya sebatas ibrah(mengambil pelajaran).

4) Dia hati-hati dalam urusan tangannya sehingga dia tidak menggunakannya untuk yang haram. Ia hanya menggunakannya untuk ketaatan.

5) Dia hati-hati dalam urusan kedua kakinya sehingga dia tidak melangkah dengan keduanya dalam maksiat kepada Allah. Ia hanya menggunakannya untuk taat kepada ALLLAH SWT.

6) Dia hati-hati dalam urusan hatinya sehingga dia tidak mengeluarkan dari dalamnya rasa permusuhan,kebencian dan dengki kepada saudara semuslim. Dia mesti mahu menerima nasehat dan juga dia belas kasihan sesama muslim.

7) Dia hati-hati dalam urusan telinganya sehngga dia tidak mendengarkan kecuali yang hak.

8) Dia hati-hati dalam urusan ketaatan sehingga dia menjadikannya muri untuk keridhaan ALLAH SWT, dan dia menjauhi riya dan nifak(munafik.

Wallahu A'alam

Dari kitab Tanwirul Qulub li Mu'amalati 'Allam al Ghuyub bagi Syeikh Muhammad Amin Al-Kurdi.