Jan 10, 2011

COP MOHOR


Cop Mohor Al-Faqir



  Mohor atau dikenali juga sebagai meterai, tera, cop dan cap merupakan perkara penting di dalam sesuatu warkah. Ia merupakan sunnah Rasulullah s.a.w. sebagaimana yang dilihat pada warkah baginda s.a.w kepada Maharaja Rom, Parsi, dan Mesir.




 
Inilah sunnah Rasul junjungan, pesuruh Allah terakhir. Inilah warisan di-Raja segenap bangsa zaman-berzaman. Menghias warkah titah khalifah dan sultan. Simbol kepada kuasa, wibawa dan amanah. Lambang jati diri dan budaya bangsa.



Contohnya setelah Rasulullah saw membuat surat kepada raja dan penguasa dunia untuk mengajak mereka mengikuti agama Islam, salah seorang sahabat mengatakan bahawa orang-orang kafir tersebut tidak mahu menerima surat surat tanpa dicop mohor lebih dahulu, maka Nabi saw merintahkan para sahabat untuk membuatkan baginya satu cop mohor. Kemudian dibuatlah cop mohor berupa cincin yang berukiran kalimat Muhammad Rasulullah. mohor ini dikenakan Nabi saw di tangan kanan beliau sampai beliau wafat.
Cop Mohor Rasulullah (Cincin)
Disebabkan adanya cop mohor tersebut, semua surat Nabi saw yang dikirim kepada raja dan penguasa dunia disambut dengan baik dan sangat dihargai sekali oleh mereka kecuali surat beliau yang dikirim kepada Kisra atau Khosrau II (Penguasa Persia). setibanya surat beliau dan sehabis dibaca surat beliau dikoyak-koyak oleh Khosrau.

Surat Rasulullah SAW
Surat Rasulullah SAW
 Sejak Tanah Melayu menerima agama Islam kira – kira abad ke- 13/14 Masihi, pengaruh Tulisan Jawi banyak mewarnai kehidupan 0rang Melayu. Pengaruh dan peranan Tulisan Jawi terdapat dalam pelbagai aspek kehidupan, antaranya hubungan sosial seperti surat – menyurat antara raja dengan raja yang sebangsa dan seagama dan sebagainya. Tulisan Jawi juga bagi tujuan seni disamping untuk mendapat berkat. Potongan – potongan ayat suci Al Quran ditulis indah, begitu juga duit pitis, cap mohor, barangan tembaga, tembikar dan lain – lain.

Contohnya, cop mohor yang melambangkan kuasa sultan yang memerintah digunakan dalam surat-menyurat rasmi untuk menunjukkan pengesahan kuasa dan arahan daripada kerajaan. Nama raja yang memerintah terukir dalam cop mohor ini. Dengan cop mohor ini, baginda dapat melaksanakan pemerintahan dan pentadbiran.

Cop Mohor Sultan Terengganu
Budaya agung bersulam seni khat dan seni zukhruf ini terus mekar, tidak luput ditelan zaman. Alunan huruf yang indah, gerak berirama bagaikan tarian. Berukir megah hiasan warisan. Bersatu membentuk personaliti, menyubur warisan seni bangsa bestari.

Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan dan menempah cop mohor untuk kegunaan sendiri. Bolehlah cuba contact Ustaz Abdul Baki Abu Bakar untuk tempahan:


Abdul Baki Abu Bakar
Tel : 019-3932947
Email : bakibkr@yahoo.com
Website : http://diwanikraf.com/tag/cop-mohor/

6 comments:

AzizMostafa said...

Tulisan jawi – Amat cantik
http://sifoo.com/topic/315-taipset-jawi-dalam-word-indesign
http://sifoo.com/topic/314-jawi-kaligrafer-%E2%80%94-wajib-dimiliki
Semakin Terancam?! Semarak Jawi

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

Terima Kasih kerana datang menziarah....

Anonymous said...

assalamualaikum,...en.jamal, sye nak tnye..yg pasl cop mohor rasulullah nie, en.jamal dapat dari mana? sebb sye memerlukan buku yg berkaitan dengan cop mohor untuk mmbuat tugasan sye. Kalau en.jamal tidak keberatan, boleh x bg sye nama-nama buku yg berkaitan cop mohor..trime kasih.

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

Wa'alaikumussalam....untuk rujukan boleh call YAYASAN RESTU untuk mendapatkan sumber rujukan mengenai COP MOHOR nie...sekian

khairul salleh said...

Assalamualaikum Saya khairul dari brunei

saya amat berminat hendak membuat mohor please contact me at khairul_salleh@hotmail.com

Anonymous said...

sape pemegang cop mohor rasulullah?