Showing posts with label Ayat Pelindung. Show all posts
Showing posts with label Ayat Pelindung. Show all posts

Sep 30, 2009

TAAWUDZ DARI JIBRAIL AS

TAAWUDZ DARI JIBRAIL AS

Diambil dari Kitab Kifayatul Muhtaj bagi Syeikh Daud ibnu Muhammad Al-Fathani. Dan dari Kitab Qisshatul Mi’raj bagi Syeikh Najmuddin.

Dan antara Nabi SAW berjalan ketika Peristiwa Isra’ & Mikraj, melihat Nabi SAW akan Ifrit daripada Jin dengan membawa obor api mengejar dibelakang nabi. Maka berkata Jibrail AS, hendakkah tuan hamba, hamba ajarkan beberapa kalimat apabila membaca akan dia, nescaya akan padam obor api tersebut dan jatuh tersembah muka ifrit itu ke bumi. Maka bersabda Nabi SAW, ajarkanlah. Maka berkata akan Jibrail AS, ucaplah olehmu dengan :



Setelah selesai Nabi SAW membacakan kalimat diatas, maka jatuh tersungkurlah jin Ifrit tersebut dengan obornya sekali...SUBHANALLAH...

Kalimat ini sesuai diamalkan untuk pendinding diri, juga dapat menghilangkan rasa takut didalam hati..INSYAALLAHU TAALA...

AYAT 20

IJAZAH AM AYAT 20 DARI KIYAI ISMAIL,Bukit Naning,Muar

Dari Kitab Tanbighul Ghafilin bagi Abu Laits As-Samarqandi. Di muka surat terakhir kitab tersebut.

Ini satu pemindahan dari bab amalan Doa dan beberapa tasbih. Daripada Hasan bin Ali R.A. Sesungguhnya Hasan bin Ali menjamin bagi siapa yang membaca 20 ayat ini, akan terselamat daripada kejahatan Syaitan yang Jahat dan Sultan yang Zalim dan Pencuri yang melampau dan Binatang buas yang memberi mudharat. Bahawa tidak akan memberi mudharat barang tersebut. Inilah ayatnya :

1. Ayatul Kursi
2. Surah Al-A’raf (54-56)
3. Surah As-Shoffat (1-10)
4. Surah Ar-Rahman (33-35)
5. Surah Al-Hasyr (22-24)

Diamalkan sesudah sembahyang Subuh dan Maghrib 1 kali dan ketika hendak keluar rumah kerana ada sesuatu urusan.

INSYAALLAHU TAALA….

Sebarkan kepada saudara-saudara muslim yang lain. Telah mendapat ijazah AM dari pak Kiyai untuk disebarkan...