Apr 11, 2009

KITAB ILMU

Ringkasan dari Kitab Ilmu "IHYA ULUMIDDIN"

Saya mulakan ringkasan ini dengan ungkapan terindah untuk Yang Maha Esa..Alhamdulillah..Untuk pendahuluan dari Imam Al-Ghazali,ilmu itu terbahagi kepada 2 iaitu ilmu mu'amalah iaitu ilmu yang mesti kita ketahui dan amalkannya. Yang kedua ialah ilmu mukasyafah
,iaitu ilmu yang diminta untuk mengetahuinya sahaja seperti ilmu berkenaan alam akhirat.
Mengenai kelebihan ilmu pula,Imam Al-Ghazali membahaskan pelbagai hadis dah ayat2 Allah, ini adalah sebahagian daripadanya

sabda Rasulullah SAW :

"Bahawasanya sedikit amalan adalah bermanfaat dengan disertai ilmu mengenai Allah. Dan bahawasanya banyak amal tidak bermanfaat bila disertai kebodohan mengenal Allah SWT"
(HR At-Tabrani dari Abu Musa)

Dari Ibnu Abbas RA. beliau mengatakan:

"Bertukar fikiran tentang ilmu di sebahagian dari malam adlah lebih aku sukai daripada berbuat ibadah di malam itu. Begitu juga halnya dengan Abu Hurairah RA dan Imam Ahmad bin Hambal

Hadis ini mungkin dapat menyokong mengenai kelebihan ilmu itu berbanding amalan lain.
Sabda Rasulullah SAW:

"Suatu bab dari ilmu yang dipelajari seseorang itu adalah lebih baik baginya dari dunia dan isinya" (HR Ibnu Hibban dan Ibnu Abdul-Birri dari Hassan Al-Basri)

KEPENTINGAN ILMU

Berkata As-Sirri (guru Imam Al-Ghazali) pada suatu hari bahawa

“orang yang memperoleh hadits dan ilmu, kemudian bertasawwuf,maka akan memperoleh kemenangan. Dan orang yang bertasawwuf sebelum berilmu maka akan membahayakan dirinya”

As-Sirri mengatakan demikian kerana, barangsiapa ingin bertasawwuf yang membawa erti mengikuti jalan para Sufi ataupun jalan Tareqat, mereka perlulah mempunyai ilmu dahulu. Yang paling utama ialah ilmu tauhid, kerana kita boleh beramal tanpa ilmu,itu adalah sia-sia belaka bahkan boleh membawa kepada kesesatan tanpa kita sedari.

Sepertimana Rasulullah SAW pernah bersabda :

“Bahawasanya sedikit amalan adalah bermanfaat dengan disertai ilmu mengenal Allah. Dan bahawasanya banyak amal tidak bermanfaat bila disertai kebodohan mengenal Allah SWT”(HR Ibnu Abdil-Birri dari Anas RA)

Manakala Imam Al-Ghazali menambah lagi bahawa ilmu itu adalah jalan ke negeri akhirat, kebahagiaan akhirat dan jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Dan tidak akan sampai dan kenal kita kepada-NYA selain dengan ilmu. Ilmu ini perlulah kita pelajari daripada tuan-tuan guru yang mursyid.

ILMU YANG TERTINGGI DAN TERPENTING

Dari Imam Al-Ghazali, adapun ilmu yang setinggi-tingginya ialah ilmu mengenai Allah Ta’ala, sifatNya, af’alNya, sunnahNya, dan menjadikan akhirat yang paling utama berbanding dunia dan makhluk.

Dan kunci untuk mendapatkan ilmu ini ialah
• Mujahadah (Kesungguhan dalam mencari dan mengamalkan ilmu)
• Latihan(riadhah)
• Kebersihan Hati
• Zuhud (kebebasan hati daripada segala ikatan duniawi dan mencontohi para Nabi dan Wali)

Semua ilmu ini tidak dapat dicapai tanpa ilmu sifat hati, kerana manusia tidak terlepas daripada sifat yang tercela seperti dengki,ria,takabur,sombong dan sebagainya. Untuk itu,kita perlulah mensucikan batin dan mencabut segala niat jahat yang selama ini telah bersarang didalam hati. Amalan zahir itu amat mudah untuk diamalkan tetapi amalan hati@batin itu amatlah sukar untuk melaksanakannya.

Janganlah kamu menghabiskan umur pada satu pengetahuan@ilmu sahaja kerana Ketahuilah bahawa imu itu banyak manakala umur itu amatlah pendek.

TUGAS SEORANG PELAJAR

Adapun seorang pelajar itu perlulah mengikuti turutan tugas ini kerana ia disusun mengikut tingkatan pemahaman seseorang pelajar itu. Imam Al-Ghazali juga pernah berkata bahawa

“jangan bertanya tentang sesuatu sebelum sampai tingkatan kamu untuk memahaminya”.
Ia sepertimana kisah Nabi Allah Khaidir dan Nabi Musa AS.

Untuk mempelajari walau apa jua ilmu sekalipun, seorang pelajar perlulah mencari seorang guru yang benar-benar mursyid (penunjuk jalan kebenaran) untuk mengajarkannya. Kerana menuntut ilmu tanpa guru itu amatlah sesat, ulama mengatakan ia umpama berguru dengan syaitan.Nauzubillah…

Tugas pertama- Mendahulukan mensucikan batin dari kerendahan budi dan sifat-sifat yang tercela. Kerana ilmu pengetahuan itu adalah kebaktian hati,solat batin dan pendekatan jiwa kepada Allah SWT. Tanpa kebersihan dan keikhlasan hati, pastinya ilmu itu tidak akan kita perolehi.

Tugas Kedua – Seorang pelajar itu hendaklah mengurangkan hubungannya dengan sibuk kepada urusan duniawi tanpa menghiraukan bahagiannya di akhirat kelak. Ketahuilah apabila fikiran itu telah terbagi-bagi kepada pelbagai urusan, maka kuranglah tumpuannya untuk mendalami ilmu Allah ini.

Tugas Ketiga – Seorang pelajar itu janganlah sampai menyombongkan dirinya dengan ilmu yang telah diperoleh dan jangan pula sampai menentang gurunya. Seharusnya pelajar itu tunduk dan hormat kepada gurunya.

Tugas keempat – Seorang pelajar itu hendaklah tidak memasuki sesuatu bidang itu secara serentak. Tetapi perlulah memulainya dengan yang lebih penting. Seperti mempelajari ilmu tauhid (sifat 20) terlebih dahulu. Selepas itu barulah ilmu ibadat (solat,puasa,haji dsb). Dan selepas itu barulah ilmu usul-fiqh,muamalat,jenayat dan seterusnya.

Tugas kelima – Pelajar itu tidak menggelumangkan dirinya dalam sesuatu ilmu pengetahuan sebelum menyempurnakan bidang yang sebelumnya. Kerana sesungguhnya ilmu pengetahuan itu tersusun mengikut tertib. Dan tujuan dalam segala ilmu yang dipelajari adalah untuk mendaki kepada ilmu yang lebih tinggi, sehinggalah sampai kepada maqam Ma’rifatullah (mengenal Allah SWT). Sebelum mendaki kepada ilmu yang lebih tinggi,seharusnya kita benar-benar menguasai permulaannya baik dari segi ilmiah mahupun amaliah