Feb 9, 2011

TAUBAT SI JEMAAH TABLIGH (5) - Nabi Yunus AS Tinggalkan Dakwah


  PERINGATAN !!!

1.      Kami tidak menghalang orang-Orang Tabligh yang ingin berdakwah dan menghidupkan Sunnah Nabi saw, Mengajak mengerjakan Solah dan sebagainya.

2.      Tetapi, kami menghalang berkata-kata Agama di dalam Keadaan Jahil, dan berkata-kata Agama itu bersumberkan dari mulut-mulut orang lama Tabligh (Eldest) yang tiada bersumberkan dari mana-mana Kitab Muktabar.


 DI BAWAH INI ADALAH FAHAMAN TAUHID SAYA SEMASA BERGERAK SEBAGAI KARKUN DALAM DIDIKAN  GERAKAN TABLIGH DI MALAYSIA 

D. TAUBAT YANG KE-5
( Nabi Yunus AS Tinggalkan Dakwah ) 


1. Dahulu aku pernah berkata-kata seperti di bawah ini;

Contoh 1

“Tuan-tuan, Bantuan Allah hanya sampai pada Nabi-nabinya yang buat Dakwah. Bantuan Allah tidak akan sampai pada Nabi-nabinya yang meninggalkan dakwah.

Seperti kisah Nabi Yunus as,  Nabi Yunus as telah tinggalkan dakwah kepada Qaumnya. Lalu, Allah Taala mengazab  Nabi Yunus as (di telan ikan Nun) kerana meninggalkan kerja dakwah.

2. Ayat-ayat yang saya katakan di atas seolah-olah seperti begini.

-          Jangan meninggalkan dakwah kerana azab dari Allah itu tidak akan mengenai orang-orang yang membuat usaha dakwah (Cara Tabligh)

-          Nabi Yunus as meninggalkan dakwah, dan tiada Bantuan Allah sampai kepada Nabi-nabinya yang tak buat dakwah.  

Maafkan saya kerana menyampaikan sesuatu yang murtad lagi memurtadkan kepada sahabat-sahabat.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
C. PENERANGAN TAUBAT YANG KE-5

1.      Ini adalah merupakan salah satu perkataan-perkataan karkun (orang-orang Tabligh) yang boleh membawa Riddah (Murtad). Dan, perkara ini sangat besar kemungkarannya kerana menyatakan Nabi Allah Yunus as telah meninggalkan Dakwah. Lalu, diazab kerananya.

2.      Ketahuilah oleh mu wahai orang-orang Tabligh, istilah “Meninggalkan dakwah di atas perkara yang wajib didakwahkan,” merupakan satu dosa di atas diri Nabi-nabi Allah. Jadi, orang-orang Tabligh telah mengatakan bahawa Nabi Yunus as telah membuat dosa.

3.      Perkara ini sudah berpuluh-puluh kali disebut, malah sudah bertahun-tahun lamanya diucapkan walaupun sudah ditegur oleh kami dan sahabat-sahabat yang mempelajari Kitab-kitab Muktabar.

4.      Ketahuilah para pembaca sekalian yang takutkan Allah! Jika sesiapa yang berkata perkara di atas, maka sezarah iman pun sudah tiada di dalam dirinya kerana tidak menjaga lidah dan tidak memelihara keislamannya dengan baik.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

5.      Inilah yang selalu dikata oleh orang-orang Tabligh,

“Bila kita korban banyak-banyak, Allah Taala akan kasi faham akan kefahaman yang khas. Orang-orang tak berkorban tak akan dapat memperolehinya.”

6.      Adakah kefahaman berdakwah (cara Tabligh) yang khas itu dengan mengatakan Nabi Yunus as ditimpa azab kerana berdosa meninggalkan kerja dakwah? Bertaubat Iktiqadlah wahai Karkun dengan sebenar-benar Taubat dan berazam agar tidak mengulanginya lagi.

7.      Tidak pernah dirasakan berkata-kata Agama di dalam keadaan Jahil itu satu dosa. Apatah lagi, mahu mempercayai ia boleh membawa kepada kekafiran. Kata mereka, inilah kata-kata Iman dan dakwah Nabi saw. Wal’Iyazubillahiminzalik..

8.      Hanya sesungguhnya kesesatan itu hanya dapat dikenali dengan perantaraan Ilmu sahaja, dan sesungguhnya sesiapa yang tiada mengenali (berilmu) akan sesuatu keburukan. Maka, jatuh ia ke dalam keburukan itu.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
9.      Sebagai menyangkal dustaan mereka ke atas Nabi Allah Yunus as. Baiklah! Marilah kita sama-sama membuka Kitab Qisasul Anbia’, bagi Qismul Abhas Waddirasatil Islamiyyah Fi Jam’iyyah Al-Masyari’ Al-Khairiyyah Al-Islamiyyah, Bairut, Lubnan, m/s 172. 

Mengenai Kisah Nabi Yunus as

(Ada dikatakan) Bahawasanya, Nabi Yunus as mendakwah kaumnya selama 33 tahun kepada Iman dan Islam. Tidak beriman pada celah-celah manusia, melainkan hanya 2 orang lelaki sahaja.

(Selama 33 tahun mengajak pada Agama Allah, hanya 2 orang lelaki sahaja yang ikut. -  Pent.)

Apabila mereka kekal atas kekafiran mereka menyembah berhala, mereka tetap melawan dan berpaling dari Nabi Allah Yunus as.

( Maksudnya Qaum Nabi Yunus as sudah tak mahu lagi di dakwah lagi selepas Nabi Yunus as mendakwahi mereka. Bukannya meninggalkan dakwah seperti yang didustakan orang yang mengaku Pendakwah. Di akhirat nanti, jawablah di hadapan Nabi Yunus as di atas fitnah dan tuduhan yang diberikan. – Pent.)

Selepas mana beberapa panjang masa, maka keluarlah Nabi Yunus as dari kekafiran mereka. Maka, Nabi Yunus as marah akan kekafiran mereka. Lalu, dia (Nabi Yunus as) keluar sebelum diperintahkan Allah.

Dan, Dia (Nabi Yunus as) menyangka yang Allah Taala tidak akan mengambil kira (tidak memberikan sedikit kesusahan untuk pengajaran, bukan kerana suatu dosa. – Pent.). di atas keluarnya daripada Qaumnya.

Dan, menyangka Allah tidak menyempitkan ke atasnya dengan sebab meninggalkan Ahli Qaum kampungnya sebelum Allah memerintahkan dia meninggalkan Qaumnya.
...............................

10.  Daripada penerangan di atas, dapatlah difahami bahawa Nabi Yunus as itu telah “berdakwah”, dan beliau meninggalkan qaumnya selepas berdakwah kerana qaumnya tidak mahu lagi didakwahi.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

11.  Dan lagi, marilah kita sama-sama pula membuka sedikit penerangan Kitab Tafsir Marah Labid Li Kasyfi Ma’na Quran Majid / Tafsir Al-Munir, bagi Asy-Syaikh Muhammad Nawawi Ibnu Umar, Al-Banteni At-Tanari, Juzu’ 2, m/s 44, baris 6 dari bawah.


“Maha Suci Engkau (Ya Allah),”

Tafsir – Yaitu, Aku sucikan Engkau akan sebagai penyucian yang layak dengan Engkau, daripada bahawa boleh melemahkan akan Engkau oleh sesuatu.


“Sesungguhnya adalah aku daripada orang yang zalim.”

Tafsir - Dengan lari ku daripada Qaum Ku, dengan ketiadaan kebenaran Engkau (Arahan tepat dari Allah). Maka, adalah yang demikian itu suatu Kezaliman. Maka, dibalas dengan meninggalkan perkara yang afdal yang mana dia itu (keafdalan itu) tetap bersama-sama mereka itu bersabar di atas penyakitan mereka itu.

            Maka sesungguhnya,  Nabi Yunus as keluar bukanlah di atas niat sengaja hendak melakukan maksiat, bahkan semata-mata kerana pada sangkanya bahawa keluarnya itu diluaskan (dibenarkan) yang boleh didahulukan atau dikemudiankan.

( Maksudnya, keluarnya Nabi Yunus as “Cuma Khilaf Aula” sahaja. Dan, perbuatan Nabi Yunus as itu hendak menerangkan, setelah dijalankan dakwah dan tidak diterima dakwahnya, tetap Sunnah menetap di situ dengan menyeru (berdakwah). Dan, jika sekiranya ditinggalkan tidaklah haram, cuma, khilaf aula sahaja. Perbuatan Nabi Yunus as ini juga untuk menerangkan hukum Syariat. – Pent.)

               Maka, sesungguhnya, telah menyifatkan oleh Nabi Yunus as akan Tuhannya dengan Kesempurnaan Sifat Ketuhanan, dan ia juga menyifatkan akan dirinya dengan lemah kemanusiaan dan kekurangan pada melaksanakan Haq Tuhan, dan ini kadar memadalah pada persoalan.

 Dan, kerana inilah berfirman Allah Taala.

   
“Maka, kami perkenankan baginya.”

Tafsir – Iaitu, doa nya.

Dan, daripada Rasulillah saw,


“Tidak ada daripada orang yang di dalam kesusahan, lalu berdoa ia dengan doa ‘Yang Empunya Ikan Nun’ semasa di dalam perut ikan, melainkan diperkenankanlah baginya.”
..............................

12.  Kesimpulannya, berkata-kata agama itu mesti bersumberkan Kitab-kitab Muktabar. Jika perkara ini di abaikan, jadilah kita manusia-manusia yang mendustakan apa di sampaikan oleh Nabi saw.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

13.  Perkara berdosa ini adalah mustahil atas Nabi-nabi Allah, kerana mereka itu terpelihara daripada perkara kufur, dan dosa-dosa besar, dan dosa-dosa kecil. Sama ada sebelum kenabian mahupun selepas kenabian.

14.  Di sini, kami mengajak para pembaca yang cintakan mencari Ilmu pengetahuan untuk kita sama-sama menelaah Kitab ‘Aqidatun Najin Fi ‘Ilmi Usuliddin, bagi Al-’Alim Al-’Allamah Asy-Syaikh Zainul ‘Abidin bin Muhammad Al-Fathani, m/s 71, baris 11 dari atas.

Mengenai Perkara-perkara yang Mustahil jatuh
ke atas Para Nabi Allah

....................................

15.  Kesimpulan dari Kitab ‘Aqidatun Najin di atas. Nabi Allah itu terpelihara daripada dosa merangkumi  4 keadaan iaitu ;

a.      Kecil ataupun besar.

-    Nabi Allah tidak pernah buat dosa sama ada di waktu kecil mahupun di waktu besar.
-    Nabi Allah juga tidak membuat dosa kecil mahupun dosa besar.

b.      Zahir ataupun batin.

- Nabi Allah tidak pernah buat dosa sama ada dari segi zahir (Yang Kelihatan) mahupun dari segi batin (Tidak Kelihatan).

c.       Sebelum ataupun Selepas bangkit Kenabian.

- Nabi Allah tidak pernah buat dosa, sama ada sebelum ataupun selepas bangkit Kenabian.

d.      Sengaja ataupun lupa.

- Nabi Allah tidak pernah buat dosa sama ada dalam keadaan sengaja mahupun dalam keadaan lupa. Sebabnya, kalau lupa sekalipun, maksiat akan tetap berlaku. Jadi, Nabi Allah tak pernah buat maksiat dalam keadaan lupa.

- Nabi juga tidak pernah lupa pada penyampaian Wahyu Allah. Jika Nabi Allah lupa, maka akan ada orang yang mengatakan ada ayat Al-Quran yang Nabi Allah lupa nak sampaikan.

- Adapun periwayatan mengenai Nabi saw terlupa di dalam sembahyang, maka sesungguhnya lupa Nabi saw di dalam sembahyang kerana Istighal (sibuk) hatinya dengan membesarkan Allah.

16.  Oleh itu, jika ada di dalam Al-Quran menerangkan bahawa Nabi Adam as itu ada membuat maksiat atau dosa. Ia wajib ditakwilkan. Kesimpulannya, tiada Rasul Allah mahupun Nabi Allah yang pernah membuat dosa. 


No comments: