Feb 8, 2011

TAUBAT SI JEMAAH TABLIGH (3) - Nabi Ibrahim AS Dahulu Tidak Beriman

  PERINGATAN !!!

1.      Kami tidak menghalang orang-Orang Tabligh yang ingin berdakwah dan menghidupkan Sunnah Nabi saw, Mengajak mengerjakan Solah dan sebagainya.

2.      Tetapi, kami menghalang berkata-kata Agama di dalam Keadaan Jahil, dan berkata-kata Agama itu bersumberkan dari mulut-mulut orang lama Tabligh (Eldest) yang tiada bersumberkan dari mana-mana Kitab Muktabar.
 DI BAWAH INI ADALAH FAHAMAN TAUHID SAYA SEMASA BERGERAK SEBAGAI KARKUN DALAM DIDIKAN  GERAKAN TABLIGH DI MALAYSIA 

C. TAUBAT YANG KE-3
(Nabi Ibrahim AS Dahulu Tidak Beriman)

1. Dahulu aku pernah berkata-kata seperti di bawah ini;

Contoh 1

“Tuan-tuan, Nabi Ibrahim as pada masa dahulu semasa dia masih belum beriman, dia suka berfikir tentang kejadian alam, dan suka mencari-cari Tuhan yang sebenar. Tidak seperti Qaumnya yang lain yang suka menyembah berhala. 

Pada suatu ketika, ketika dia sedang duduk memerhatikan kehebatan alam, dia mengatakan bahawa bulan itu Tuhan, bintang itu Tuhan, dan matahari itu Tuhan. Tetapi, dia tidak suka benda yang berubah-ubah kerana benda itu sekejap ada, dan sekejap tiada.

Kemudian, setelah Nabi Ibrahim mendapat Hidayah Petunjuk dari Allah, barulah Nabi Ibrahim beriman kepada Allah. Tuan-tuan, inilah kehebatannya bagi  seseorang yang suka memikir tentang kebesaran Allah!”
 
2. Daripada kata-kata ku di atas, apa yang difahami di waktu dahulu adalah sebegini.

        - Sewaktu Nabi Ibrahim masih belum beriman, atau semasa tidak mengenal Allah lagi, dia mengatakan bahawa bulan, bintang dan matahari itu Tuhan.  

         - Tetapi, oleh kerana semuanya hilang dan berubah. Maka, dia mengatakan bahawa bahawa bulan, bintang dan matahari itu bukanlah Tuhan yang sebenar.

        
- Ayat Al-Quran yang menerangkan bahawa Nabi Ibrahim as pernah mengatakan bahawa Bulan, Bintang, dan Matahari itu Tuhan, ialah Firman Allah, Surah Al-An’am, Ayat 76. 

 
“Tatkala malam telah gelap, dia (Nabi Ibrahim) melihat Bintang, lalu dia berkata; “Inikah Tuhan Ku?” Tatkala bintang itu terbenam, dia berkata; 
“Aku tidak menyukai benda yang lenyap itu.”

Maafkan aku wahai sahabat-sahabatku kerana menyampaikan sesuatu yang Murtad lagi memurtadkan ini kepada kamu semua.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

C. PENERANGAN TAUBAT YANG KE-3

        1. Sebenarnya, inilah kesannya kerana memetik sebarang ayat-ayat Al-Quran tanpa berpandukan Kitab-kitab Tafsir Muktabar. Malah, berani pula menafsirkan ayat-ayat Al-Quran berdasarkan apa sahaja yang terlintas di akal fikiran semata-mata. 

         2. Ketahuilah olehmu, wahai para pembaca yang budiman! Sesungguhnya! Barangsiapa yang berkata, bahawa Nabi Ibrahim as pernah di suatu ketika dahulu jahil dalam Mengenal Allah, dengan mengatakan bahawa bulan, bintang dan matahari itu Tuhan. 

         3. Maka, Ijmak (Bersepakat) para Mutakallimin (Ahli Tauhid), bahawa si dia ini sudah jatuh hukum Riddah (Murtad). Dari manakah sumber terbitnya perkataan-perkataan yang menyesatkan di atas? 

        
4. Perkara ini sangat jelas! Ia bersumberkan perkataan orang-orang Tabligh semasa di Majlis Bayan (Majlis Penerangan), yang diadakan sama ada sebelum atau selepas Solah Maghrib. Dan, perkara ini masih tersebar luas dikalangan orang-orang Tabligh yang jahil Agama.

         5. Tujuan Nabi Ibrahim as berkata-kata “Inikah Tuhan Ku? @ Hazaa Rabbi?” terhadap bintang, bulan dan matahari bukanlah sebab Nabi Ibrahim as jahil dan tidak mengenal Tuhan yang sebenar. Tetapi, kerana ingin menyindir Qaumnya agar Beriman kepada Allah Taala.

         6. Untuk memantapkan lagi hujjah kami ini, marilah kita sama-sama membuka akan Kitab Qisasul Anbia’, bagi Qismul Abhas Waddirasatil Islamiyyah Fi Jam’iyyah Al-Masyari’ Al-Khairiyyah Al-Islamiyyah, Bairut, Lubnan, m/s 76. 

                                    
- Dan, sesungguhnya dia Nabi Ibrahim as adalah Rasul Allah, dan Nabi Allah. Dan, Dia (Nabi Ibrahim as) beriman dan kenal akan Tuhannya, seperti seluruh Nabi-nabi Allah. Dan, dia (Nabi Ibrahim as) tidak pernah ragu akan wujudnya Allah Taala walau sekelip mata pun. 

Dan, dia (Nabi Ibrahim as) tahu bahawa Tuhan itu tidak boleh ada, melainkan Allah Taala sahaja. Dan, dia (Nabi Ibrahim as) mengetahui bahawa, tiada yang disembah melainkan Allah. 

Janganlah terjadi seperti mana terjadi, menuduh di atas Nabi Ibrahim as, sebahagian orang yang bodoh, dan yang sesat daripada perkataan mereka, 


“Sesungguhnya pada sesuatu masa bahawa Nabi Ibrahim as ini ragu yang Allah Taala itu ada (wujud).”

Kerana para Anbiya’ itu, dan juga Rasul Allah seluruhnya, mustahil atas mereka itu kufur dan sesat, sebelum menjadi Nabi dan selepas menjadi Nabi. Kerana sesungguhnya, para Rasul dilahirkan mereka itu, petunjuk bagi orang yang ingin mendapat hidayah, supaya mengajar akan manusia akan kebaikan, dan apa yang Allah perintahkan ke atas mereka untuk disampaikannya. 

Sesungguhnya sebelum Nabi Ibrahim as berhujah (berdakwah) kepada Qaumnya, dia sudah tahu pada sudut ilmu. Dan, dia telah yakin (tiada syak) bahawasanya Allah Taala sebagai Tuhan, tidak menyerupai bagi sesuatu yang lain.

Dan, bahawasanya sifat ketuhanan itu tidak ada melainkan bagi Allah sahaja yang menjadikan tujuh petala langit dan bumi, dan barang yang ada di antara keduanya. 

Dan, Dialah yang memiliki akan tiap-tiap sesuatu dan berkuasa atas tiap-tiap sesuatu, dan mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. Dan, lulus segala-gala Kemahuan-Nya pada tiap-tiap sesuatu. 

Dan, dalil Suratul Anbiya’, ayat 51.  

 
“Dan, sesungguhnya telah Kami berikan kepintaran (Petunjuk) kepada Ibrahim masa dahulu, dan Kami mengetahuinya.”

Dan, Surah Al-An’am, ayat 83.  


“Dan, inilah Hujjah (Keterangan) Kami, Kami anugerahkan kepada Ibrahim untuk qaumnya, Kami tinggikan darjat orang yang Kami kehendaki. Sesungguhnya, Tuhanmu Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.”

Dan, Surah Al-An’am, Ayat 79.

 
 
“Sesungguhnya kuhadapkan muka (hatiku) kepada yang menciptakan langit dan bumi, serta condong (kepada yang benar) dan bukanlah aku termasuk orang-orang musyrik.”
 ................................................

        8. Berdasarkan kenyataan di atas, sudah jelaslah bagi diri kita, bahawa maksud sebenar Nabi Ibrahim as itu menyoal Qaumnya adalah untuk menyindir mereka, agar Beriman kepada Allah.

        9. Bukanlah pertanyaan itu, sebagai pertanyaan untuk mencari-cari Tuhan yang sebenar seperti apa yang didustakan oleh orang-orang Tabligh.  

        10. Ya Allah, ampunkan lah kami dan terimalah taubat kami ini, kerana pernah berkata-kata akan akan perkataan yang membawa Riddah (Murtad) semasa bergerak di dalam Usaha Tabligh ini.    
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

        11. Baiklah! Sekarang kami akan bawakan kepada para pembaca sekalian tentang kisah sebenar yang berlaku ke atas Nabi Ibrahim as tatkala melihat bulan, bintang dan matahari bersama-sama ibu, bapa saudaranya dan qaumnya.

        12. Dan, lagi tersebut di dalam Kitab Tafsir Marah Labid Li Kasyfi Ma’na Quran Majid / Tafsir Al-Munir, bagi Asy-Syaikh Muhammad Nawawi Ibnu Umar, Al-Banteni At-Tanari, Juzu’ 1, m/s 247, baris 12 dari atas.

 
Maka, apakala menjadi gelaplah waktu malam, lalu melihatlah Nabi Allah Ibrahim as akan bintang, sedangkan bintang itu adalah Bintang Zuhrah, dan bintang Zuhrah itu pada langit yang ketiga. 

Lalu, berkatalah Nabi Ibrahim as, 

 
“Hazaa Robbi?” (Inikah Tuhan Ku?),

Tafsir - Yakni, duduk bersama-sama Nabi Ibrahim as dengan bapanya dan qaumnya, yang mana adalah mereka itu orang-orang yang menyembah akan berhala, dan juga bintang-bintang. Apabila tenggelam bintang tersebut, maka berkatalah Nabi Ibrahim as, 

  
“Aku tidak menyukai benda-benda atau perkara-perkara yang hilang.”

Tafsir - Yakni, Aku tidak menyukai benda-benda yang berpindah–pindah dari sesuatu tempat, berubah-ubah dari satu hal kepada satu hal yang lain, lagi terdinding (terhalang) dengan dindingan.

(Maksudnya, bintang telah terhalang dengan bumi dan tidak nampak lagi. – Pent.)

Maka, apabila ia melihat akan bulan, iaitu apakala bulan mula terbit, lalu berkatalah Nabi Allah Ibrahim as, 


“Inikah Tuhan Ku?”

Tafsir - Ia terlebih besar dari yang pertama. Perkataan Nabi Ibrahim as ini bertujuan menentang orang-orang yang menyembah akan bintang-bintang. Maka, apakala tenggelam sahaja bulan. Maka, berkatalah Nabi Ibrahim as, 
  

“Jika sekiranya Allah tidak memberikan petunjuk kepada ku,” 

Tafsir - Mengenal kepada Tuhan yang benar,  


“Nescaya aku daripada orang yang sesat.” 

Tafsir - Kerana sesungguhnya, sesuatu yang Nabi Ibrahim as telah lihat itu, memang tidak layak langsung dipanggil tuhan. Maka, apakala ia melihat akan matahari mula terbit, ia berkata, 

 
“Inikah Tuhan Ku? Ini lebih besar.” 

Tafsir - Dari yang pertama (Bintang), dan yang kedua (Bulan). Dan, apakala menghilang matahari, lalu berkata Nabi Ibrahim as, 

 
“Wahai qaum ku, sesungguhnya saya berlepas diri dari apa yang kamu sekutukan dengan Allah.”

Tafsir - Iaitu, Nabi Ibrahim as tidak ada kena mengena dengan qaumnya daripada apa yang mereka sekutukan dengan Allah, daripada benda-benda jirim yang baharu, yang berhajat menjadikan akan dia. 

(Ini bermakna, Nabi Ibrahim as tujukan perkataannya kepada semua mereka yang menyembah Bulan, Bintang dan Matahari kerana memperjelaskan kebenaran di kalangan mereka itu.- Pent.)
...........................................

        13. Para penuntut yang budiman! Pengajaran yang amat besar yang boleh di ambil ialah, janganlah kita dengan mudah mempercayai sebarang percakapan Agama seseorang yang berdasarkan Al-Quran dan Hadis semata-mata tanpa disertakan huraian Ulama’ dan Fuqaha’ (Kitab-kitab Tafsir Muktabar).

        14. Sehingga kini, secara tidak langsung pembaca sudah mengetahui terdapat dua tahap atau prosuder di dalam menyampaikan Agama, iaitu;

        a. Tahap atau Prosuder yang Pertama,
        - Berkata-kata dan menyampaikan Agama mestilah bersumberkan Nas Syarak, iaitu Al-Quran dan Hadis. (Bukan semata-mata rekaan).

        b. Tahap atau Prosuder yang Kedua,
        - Bukan setakat berkata-kata Agama berdasarkan Al-Quran dan Hadis, tetapi mestilah disertakan sekali dengan bimbingan Ulama’ dan Fuqaha’ (Kitab-kitab Tauhid Muktabar).

        15. Jika kita melanggar kedua-dua prosuder yang telah dinyatakan di atas, maka jatuhlah kita ke lembah kekafiran seperti apa yang telah berlaku ke atas orang-orang Tabligh ini.   

        16. Jika di dunia ini lagi, masih tidak mahu mendengar Nasihat dan Peringatan Ulama’ dan Fuqaha’ (Kitab-kitab Muktabar). Maka, jika mendapat kesusahan yang amat pedih di akhirat, jangan dipersalahkan mereka itu. Salahkanlah diri sendiri yang Inad (degil) dari menerima Kebenaran yang telah disampaikan.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 PERINGATAN KE-2!!!

        1. Para pembaca yang cintakan mencari Ilmu pengetahuan! Sesungguhnya Nabi Ibrahim as itu, tidak pernah kufur (menjadi kafir), sama ada sebelum atau selepas Kenabian. 

        2. Kini, kami akan bawakan kepada para pembaca sekalian, akan kisah Nabi Ibrahim as sewaktu baginda masih berada di dalam kandungan ibunya lagi. 

        3. Kisah di bawah ini juga sebagai menyanggah perkataan orang-orang Tabligh yang menerangkan bahawa; 

“Tuan-tuan, Nusrah Allah itu hanya sampai kepada Nabi-nabi-Nya yang membuat kerja dakwah. Nusrah Allah itu tidak akan 
sampai kepada Nabi-nabi-Nya yang tidak buat kerja dakwah!”

        4. Kerana sesungguhnya, Nusrah Allah (Bantuan Allah) itu tetap sampai kepada Nabi Ibrahim as walaupun Baginda masih amat kecil, dan juga masih belum mengenali erti dakwah.

        5. Sebagai tafsilan atau perincian penghujjahan kami ini, secara “Tabarrukan Wa Tawasullan”, kami bawakan apa yang telah dinyatakan di dalam Kitab Tafsir Marah Labid Li Kasyfi Ma’na Quran Majid / Tafsir Al-Munir, bagi Asy-Syaikh Muhammad Nawawi Ibnu Umar, Al-Banteni At-Tanari, Juzu’ 1, m/s 247, baris 13 dari bawah.

 
“Kisah Nabi Ibrahim as yang mendapat Nusratullah (Bantuan Allah) 
semasa kecil lagi.” 

(Ketahuilah) Bahawa kebanyakan Ahli Tafsir, mereka menyatakan bahawasanya Raja pada demikian zaman, dia itu bernama Namruz Ibnu Kan’an,  . 

(Iaitu, dibaca dengan zal (Namruz), dan bukan dibaca dengan dal (Namrud). Pada riwayat yang lain, boleh dibaca dengan kedua-duanya. – Pent.) 

Namruz Ibnu Kan’an itu ada melihat dalam mimpi. Seolah-olahnya ada “Kaukab” iaitu, bintang yang terbit. Kemudian, menghilangkan cahaya matahari dan bulan, hinggalah tiada lagi cahaya kedua-duanya tadi. 

Lalu, mentafsirkan mimpi Namruz Ibnu Kan’an tadi iaitu, bahawasanya akan lahir seorang anak lelaki yang akan melawan dan membangkang pada kerajaannya. 

Lalu, memerintahkan Raja Namruz Ibnu Kan’an itu supaya disembelih akan tiap-tiap anak lelaki yang dilahirkan pada ini tahun. 

(Kisah ini seperti Kisah Firaun juga, tapi cuma kali ni Raja Namruz Ibnu Kan’an pula. – Pent.) 

Maka, masalahnya sudah mengandung ibu Nabi Ibrahim as akan Nabi Ibrahim as. Dan, ibu Nabi Ibrahim as sudah tahu tentang perintah Namruz itu, tetapi tidak menampakkan dirinya yang mengandung. Maka, telah datang masanya untuk bersalin. Maka, telah pergi ibu Nabi Ibrahim as ke gua.

 Lalu, ibunya melahirkan Nabi Ibrahim as, dan menyumbat pintu gua tersebut dengan batu besar. (Walaupun berat tapi sebab takutkan Namruz, sanggup tutup pintu gua tersebut. – Pent.) 


Maka, telah datang Malaikat Jibrail as meletakkan jarinya pada mulut Nabi Ibrahim as. Maka, Nabi Ibrahim as menghisap akan dia. Maka, telah keluar dari jari tersebut akan rezekinya (susu). Adalah Nabi Ibrahim as itu dijaga oleh Jibrail as. 

(Inilah yang dinamakan Irhas, Iaitu, peristiwa-peristiwa pelik yang berlaku ke atas Para Nabi Allah sebelum mereka dilantik menjadi Rasul. Inilah yang dinamakan Nusratullah (Bantuan Allah) kepada Nabi Ibrahim as. – Pent.)

Adalah ibu Nabi Ibrahim as itu datang kepada Nabi Ibrahim as itu kadang-kadang sahaja untuk menyusukan dia. 

(Maknanya selepas Ibu Nabi Ibrahim as melahirkan Nabi Ibrahim as, ibunya meninggalkan Nabi Ibrahim as di dalam gua, dan hanya datang kepada Nabi Ibrahim as kadang-kala sahaja kerana takut di ketahui oleh tentera Namruz. Jadi, kebanyakan masa Nabi Ibrahim as adalah bersama-sama dengan Jibrail as. – Pent.)     

Dan, berkekalan keadaan ini sehingga Nabi Ibrahim as besar dan berakal. Dan, mengenal ia bahawasanya bagi dia itu, ada Tuhan. 

(Jibrail as telah mendidik Nabi Ibrahim as supaya mengenal Allah. Bagaimana boleh ada orang-orang Tabligh yang mengatakan Nabi Ibrahim as ini tak beriman semasa kecil? – Pent.) 

Lalu, Nabi Ibrahim as bertanya akan ibunya, 

“Siapa Tuhan Ku?”

Lalu, berkatalah ibunya, “Saya.” Lalu, bertanya lagi Nabi Ibrahim, 

   “Dan, siapa Tuhan mu, ibu?”

Berkata ibunya, “Bapa saudara mu, Azar.” Maka, setelah datang bapa saudaranya Azar, lalu bertanya lagi Nabi Ibrahim as,  

   “Wahai bapa saudara ku, siapa Tuhan Ku?”

Bapa saudaranya menjawab, “Ibu mu.” Maka, berkata lagi Nabi Ibrahim as, “Siapa pula Tuhan ibu ku?” Berkata bapa saudaranya, “Saya.” Lalu berkata Nabi Ibrahim as lagi, 

 “Maka, siapa pula Tuhan engkau?”

Maka, berkata bapa saudaranya, 

“Raja negeri ini, Namruz.”

Maka, Nabi Ibrahim as mengetahuilah tentang kejahilan kedua-dua mereka itu kepada mengenal Tuhan. 

(Bukanlah soalan di atas itu bermakna, bahawa Nabi Ibrahim as ingin mengetahui siapakah Tuhan yang sebenar, tetapi sebagai menguji tahap ilmu bagi kedua ibu dan bapa saudaranya itu dalam mengenal Rabb (Tuhan) sekalian ‘Alam. – Pent.)

Maka, apabila menggelap akannya malam (Malam sudah larut – Pent.), telah ternampak pada satu lubang di dalam rumahnya, untuk memikir tentang wujudnya Tuhan yang Maha Tinggi. 

Maka, Nabi Ibrahim as telah nampak satu bintang yang paling terang di atas langit, dan berkatalah Nabi Ibrahim as kepada kedua ibu dan bapa saudaranya, 

 

“Hazaa Robbi?” (Inikah Tuhan Ku?) sehinggalah akhir kisah yang dinyatakan di atas.

Manakala, Nabi Ibrahim as berlepas diri dari orang Musyirikin, maka ia kembali kepada Allah Taala, dan ia berkata, 

 
“Sesungguhnya aku hadapkan wajah ku (hati ku) kepada Allah Taala yang mengeluarkan tujuh petala langit dan bumi.”

Tafsir - Daripada tiada kepada ada.

 
“Cenderung,” 

Tafsir - dan bersih hati ku daripada tiap-tiap yang disembah selain daripada Allah Taala,
  
”Tiada saya daripada mensyirikkan Allah,” 

Tafsir - daripada sesuatu perbuatan atau perkataan pun.


“Dan, telah melawan akan Ibrahim oleh Qaumnya.”

Tafsir - Iaitu, mereka melawan akan Nabi Ibrahim pada mempertahankan berhala-berhala mereka itu. Dan, mereka mempertakutkan akan Nabi Ibrahim dengan berhala mereka itu.

(Ada diriwayatkan). 

Sesungguhnya! Tatkala membesar akan Nabi Ibrahim as, Azar (bapa saudaranya) telah menjadikan Nabi Ibrahim as sebagai orang yang memperbuat akan patung-patung berhala. Dan, Azar juga memberi patung-patung berhala itu kepada Nabi Ibrahim untuk menjualnya. 

(Bagaimana boleh Nabi Ibrahim as mahu menjualnya, sedangkan Nabi Ibrahim itu Nabi Allah. – Pent. ) 

Maka, dia (Nabi Ibrahim as) bawa juga patung itu dan dia berseru-seru, 

 

“Siapa nak beli sesuatu benda yang tidak boleh memberi mudarat (kesusahan) akan dia, dan tidak boleh memberi 
manfaat (kebaikan) akan dia?”

(Maksudnya, Nabi Ibrahim as jual juga patung tersebut. Tetapi, dalam masa yang sama, Baginda berdakwah juga. Bukankah lucu hal yang demikian. – Pent.) 

Maka, tidak membeli patung Nabi Ibrahim itu oleh seorang pun. Kemudian, pergilah Nabi Ibrahim as dengan patung-patung berhala ke sungai. Dan, Nabi Ibrahim as mencecahkan muka semua patung-patung berhala itu ke dalam air dan Nabi Ibrahim as berkata, 

   “Minumlah!” 

Sebagai Istihza’ (Menyindir) Qaumnya, sehinggalah tersebarlah di kalangan orang, tentang sindiran-sindiran yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim as kepada berhala mereka. Maka, berkata orang ramai kepada Nabi Ibrahim as, 


“Peliharalah patung-patung! 
Maka, kita takut bahawa engkau terkena penyakit gila, dengan pengejian engkau akan berhala-berhala itu.”

(Maksudnya orang-orang kafir tu nak takut-takutkan Nabi Ibrahim as. Dan, peristiwa ini berlaku semasa Nabi Ibrahim masih remaja lagi – Pent.) 

Lalu, berkata Nabi Ibrahim as kepada mereka,
“Adakah kamu melawan aku tentang Ketuhanan Allah,”

Tafsir - Iaitu, adakah kamu melawan aku pada masalah mentauhidkan Allah. 
   
“Dan, demi sesungguhnya, Ia telah memberi Petunjuk akan Aku.”

Tafsir - Iaitu, memberi petunjuk akan agamanya. Maka, bagaimana boleh aku berpaling menerima hujjah kamu yang pincang dan perkataan-perkataan kamu yang palsu.

“Dan, tiadalah aku takut kepada apa yang kamu sekutukan Allah Taala dengannya.”

Tafsir - Iaitu, tiada aku takut kepada berhala-berhala yang kamu sembah. Kerana, rasa takut itu hanya boleh terhasil kepada Zat yang mampu memberi manfaat dan mudarat, sedangkan berhala-berhala itu cuma benda-benda yang beku sahaja (Mati).

Tiada kuasa langsung baginya, untuk mendatangkan manfaat dan mudarat. Maka, bagaimanakah boleh terjadi rasa takut terhadap berhala-berhala yang kamu sembah?
.....................................

        6. Dapat diperolehi juga dari Kisah Nabi Ibrahim as ini, bahawa di dalam dunia ini, boleh terjadi perkara-perkara yang mencarik adat (menyalahi fakta sains) seperti apa yang berlaku ke atas Nabi Ibrahim as yang di rezeqikan Allah melalui tangan Malaikat Jibrail as. 

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
        7. Telah wujud beberapa kelompok pada akhir zaman ini, mereka menyanggah adanya perkara-perkara menyalahi fakta sains seperti Mukjizat, Irhas, Karamah, Ma’unah, Sihir, Istidraj, Sya’wazah, dan Ihanah.  

        8. Mereka mengatakan bahawa;  

“Api itu mesti membakar, pisau itu mesti memotong, makan itu mesti mengenyangkan, dan begitu juga yang lainnya. 
Mana boleh wujudnya perkara-perkara 
yang pelik dan tidak masuk akal.” 
 
        9. Ketahuilah olehmu wahai pembaca sekalian! Sesungguhnya, kepercayaan atau iktiqad yang menyatakan bahawa, tidak boleh berlaku perkara-perkara yang menyalahi fakta sains adalah merupakan fahaman utama Ahli Falsafah (Ahli Sains).  

        10. Sedangkan, kita yang beraqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah Al-Asya’irah dan Maturidiyyah beriktiqad bahawa, di samping mempercayai adanya Sunnatullah (Fakta Sains) yang telah Allah jadikan dan gerakkan. Tidak mustahil boleh terjadinya perkara-perkara pelik yang menyalahi fakta sains.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

        11. Baiklah, kini kami bawakan kepada pembaca mengenal Sunnatullah (Fakta Sains), atau lebih dikenali dengan nama Hukum Adat (Hukum Kebiasaan).

        12. Perkara ini sangat penting dipelajari kerana kami dapati, bahawa bahaya bodoh di dalam menguasai Ilmu Hukum ‘Adat (Fakta Sains) ini menyebabkan ramai manusia mendapat kesusahan di dunia (kerana mendapat pelbagai penyakit) dan kesusahan di akhirat (kerana rosaknya Aqidah).

        13. Baiklah, untuk memahami hukum adat (fakta sains) ini dengan lebh lanjut, marilah kita sama-sama membuka akan Kitab ‘Aqidatun Najin Fi ‘Ilmi Usuliddin, bagi Al-’Alim Al-’Allamah Asy-Syaikh Zainul ‘Abidin b. Muhammad Al-Fathani, m/s 9. 


-...Dan, hukum adat itu, yaitu (iaitu) menstabitkan (menentukan) suatu pekerjaan bagi satu pekerjaan atau menafikan dia daripadanya, dengan wasitah (perantaraan) dicuba-cuba akan dia dengan berulang-ulang, dan tersimpan ia pada empat bahagi.

        a. Pertama, ditambatkan wujud (Ada) dengan wujud (Ada), seperti ditambatkan wujud kenyang dengan wujud makan.

        b. Kedua, ditambatkan ‘adam (Tiada) dengan ‘adam (Tiada), seperti ditambatkan tiada kenyang dengan tiada makan.

        c. Ketiga, ditambatkan wujud (Ada) dengan ‘adam (Tiada), seperti ditambatkan ada sejuk dengan tiada selimut.

        d. Keempat, ditambatkan ‘adam (Tiada) dengan wujud (Ada), seperti ditambatkan tiada hangat dengan tiada mani’, yaitu basah.
..............................................
        14. Apa yang dapat difahami dari penerangan di atas ialah, hukum adat atau fakta sains ini ditentukan dengan berulang-ulang kali, seperti diuji beberapa kali bahawa, api itu sememangnya membakar.

        15. Hukum Adat (Fakta Sains) ini boleh di kelaskan dalam empat bahagian, iaitu; 

        b. Ada ditambat dengan ada, iaitu adanya api, adalah panas.

        c. Ada ditambat dengan tiada, iaitu adanya api, tiadalah sejuk.

        d. Tiada ditambat dengan tiada, iaitu tiadanya api, tiadalah panas.

        e. Tiada ditambat dengan ada, iaitu tiadanya api, adalah sejuk.

        17. Dengan ini, dapatlah difahami bahawa di dalam dunia ini, Allah Taala telah menetapkan hukum adat (fakta sains), sebagai memudahkan manusia untuk mentadbir ‘Alam.  

        18. Baiklah, kami bawakan satu contoh perkataan orang-orang Tabligh yang menyalahi Hukum Adat (Fakta Sains). Perkataan ini acapkali disebut oleh orang-orang Tabligh semasa keluar bertabligh.

        19. Inilah perkataan mereka;

“Tuan-tuan, semasa di jalan Allah inilah kita nak yakin bahawa Makhluq itu tidak boleh memberi manfaat (kebaikan) dan mudarat (kesusahan).  Contohnya tuan-tuan, kicap masin! 

Kicap masin langsung tidak boleh bagi manfaat dan mudarat. Manfaat dan mudarat itu datangnya dari Allah sahaja. Makan je kicap masin ni, tak perlu risau.  

Kalau dah makan, barulah kita tambah yakin, bahawa yang bagi manfaat dan mudarat itu sebenarnya Allah Taala!”
....................................

        20. Lalu, perkataan orang Tabligh ini didengar oleh seorang pakcik yang menghidapi penyakit darah tinggi yang jahil dengan hukum Adat (fakta sains). Lalu, dengan kepercayaan yang 100% di ambil dari perkataan si Tabligh ini, maka dia pun berkata;   

“Masa sedang keluar Tabligh inilah, aku nak yakin betul-betul bahawa makhluq (kicap masin) langsung tidak boleh bagi manfaat dan mudarat. Dan, aku nak yakin bahawa manfaat dan mudarat itu, sebenarnya hanyalah datang dari Allah.”
.......................................
        21. Maka, selang beberapa detik kemudian selepas menikmati makanan yang masin-masin, pakcik yang mempunyai darah tinggi ini terkena strok (Angin Ahmar). Perkara ini terjadi dihadapan mata kami sendiri. 

        22. Sedangkan selama ini, pakcik ini memegang kata-kata doktor (memegang fakta sains) dengan tidak memakan benda-benda masin. Ini kerana, setelah diuji dan dicuba beberapa kali, memang terbukti dan benar bahawa makanan yang masin itu boleh meningkatkan tekanan darah. 

        23.  Dan, Ketahuilah oleh mu! Sesungguhnya manfaat dan mudarat itu pada kebiasaannya ditetapkan oleh Allah berdasarkan Hukum Adat (Fakta Sains). Jika dilanggar akan fakta sains ini, maka janganlah kita menyalahkan Allah Taala di atas kesusahan yang kita terima di atas kejahilan diri kita.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

        24. Baiklah, setelah kita mempelajari hukum adat (fakta sains) ini. Sekarang, kami akan membawakan pembaca yang budiman mengenal perkara-perkara yang boleh bersalahan dengan Sunnatullah (Fakta Sains).  

        25. Dan lagi, telah tersebut di dalam Kitab ‘Aqidatun Najin Fi ‘Ilmi Usuliddin, bagi Al-’Alim Al-’Allamah Asy-Syaikh Zainul ‘Abidin b. Muhammad Al-Fathani, m/s 75-76. Mengenai 8 perkara yang boleh menyalahi hukum adat (Hukum Sains) 


-…(Dan ketahuilah oleh mu) Bahawasa pekerjaan yang menyalahi adat (kebiasaan) itu delapan perkara;
        a. Pertama, Mukjizat ; Yaitu, yang nyata (berlaku) dari kemudian dakwi (dakwah) risalah. (Agama Allah)

(Mukjizat ialah perkara-perkara yang pelik yang menyalahi adat kebiasaan, berlaku pada tangan orang yang mendakwa dirinya Rasul Allah. Contohnya, Nabi saw membelah Bulan, keluar air dari celah jari Nabi saw, dan lain-lainnya. – Pent.)
        b. Kedua, Irhas; Yaitu, yang terdahulu daripada jadi Rasul. 

(Perkara-perkara pelik yang berlaku sebelum menjadi Rasul Allah. Jadi, tidak mustahil boleh terjadinya kejadian peristiwa aneh seperti apa yang berlaku pada Nabi Ibrahim as yang direzeqikan (di beri susu) oleh Allah melalui jari Malaikat Jibrail as. – Pent.)
        c. Ketiga, Karamah ; Yaitu, (perkara) yang nyata (berlaku) pada Aulia’ullah .  

(Perkara-perkara pelik yang berlaku kepada Wali Allah, yaitu orang yang hampir kepada Allah. Oleh kerana ramai orang mengaku sebagai Wali Allah, marilah kita sama-sama mengenal siapakah dia Wali Allah itu! – Pent.)

Dan, erti Aulia’ullah   itu, ialah;

        i. Orang yang mengerjakan Suruhan Allah, dan menjauhkan larangan-Nya.

        ii. Dan, mengetahui (Berilmu) ia akan sekalian yang halal dan yang haram, daripada perkataan, dan perbuatan, dan Iktiqad, dan minuman, dan makanan, dan pakaian, dan pendengaran, dan penglihatan, dan penciuman (penghiduan), dan penjabat (bersentuhan), dan perjalanan, dan perasa, dan petiduran dan lainnya daripada segala kelakuan.  

        iii. Dan, berperangai pula dengan segala perangai yang baik-baik,

        iv. Dan, meninggalkan dunia melainkan sekira-kira hajat yang tunai,

        v. Dan, selama-lamanya Musyahadah (menyaksikan) dan Muraqabah (melihat) kepada Tuhannya pada siang dan malam, dan pada tiap-tiap sekalian waktu,

        vi. Dan, tiada mengapa zahirnya serta makhluq. (Tiada mengapa bercampur gaul dengan masyarakat. Ini bermaksud, tidak batal pangkat kewaliannya dengan sebab bergaul dengan masyarakat. – Pent.)

Maka, jika diperoleh segala Sifat itu, maka orang itu Wali Allah,. Dan, ‘Arif Billah.  (Mengenal dengan Allah Taala) 

(Contohnya, seperti Kisah Wali Allah yang masuk ke dalam api, dan minum racun di hadapan Hulagu (Raja Tartar). InsyaAllah, kami akan terangkan kisah ini di dalam risalah yang akan datang. – Pent.)
 
        d. Keempat, Ma’unah; Yaitu, yang nyata pada orang awam, kerana melepas bagi mereka itu kesusahan umpamanya. Dan, makna Ma’unah itu, yaitu, pertolongan daripada Allah akan orang itu, supaya Quwwah (mampu) ia berbuat Ibadah, dan Taat kepada TuhanNya.

Maka empat ini dipuji. 

(Dan, 4 perkara yang tercela pada Syarak ialah; - Pent.)

        e. Kelima, Sihir; Yaitu, yang nyata (berlaku) pada orang yang mengamalkan Sihir. 

        f. Keenam, Istidraj; Yaitu, yang nyata pada orang Kafir dan Muslim yang Fasiq kerana tipu daya. Dan, makna Istidraj itu yaitu, pekerjaan yang dilorongkan dia pada sangka orang baik, padahal membawa Taulannya itu ke dalam neraka.  

(Contohnya, semakin banyak meninggalkan solah, semakin handal mengubat dan menyembuhkan orang lain. – Pent.)
        g. Ketujuh, Sya’wazah @ Syu’uzah; Yaitu, yang nyata pada orang yang bermain balik mata (silap mata), yaitu satu bagi dari sihir.


        h. Kelapan, Ihanah ; Yaitu, nyata pada orang yang dusta seperti Musailamatul Kazzab Laknatullah ‘Alaihi.

Dan, adalah ceritanya bahawa Musailamatul Kazzab itu satu masa dengan Penghulu kita (Sezaman dengan Nabi saw. – Pent.). Maka, didengarnya khabar Penghulu kita mengembalikan akan mata Qatadah ra ketika kena anak panah. 

Maka, keluar biji matanya. Maka, pergi ia pada Penghulu kita, maka dikembalikannya akan matanya dengan Tangan yang Mulia. Maka, tiba-tiba terlebih baik daripada yang dahulu. 

Dan, Musailamatul Kazzab pun hendak mengembalikan mata sahabatnya yang buta sebelah. Maka, tiba-tiba buta kedua belahnya kerana menghinakan dia. Maka, yang empat ini yang dicela oleh syarak.   
.............................................

        26. Kesimpulannya, dapatlah difahami bahawa terdapat perkara di dalam dunia ini yang boleh mencarik adat, dan ia bukanlah ia mitos atau lagenda yang dilagang oleh sebahagian kelompok manusia yang Jahil di dalam Agama.

        27. InsyaAllah, jika direzeqikan Allah! 

        28. Kami akan mengkhabarkan lebih banyak lagi perkara-perkara Irhas yang berlaku ke atas Penghulu kita, Nabi Muhammad saw yang di ambil dari Kitab Syarah Barzanji yang bernama Kitab Madarijus Su’ud Ila Iktisail Burud, bagi Al-‘Alim Al-Jalil Asy-Syaikh Muhammad An-Nawawi Ibni Umar Ibni ‘Arabiyy Al-Banteni. 

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 PERINGATAN KE-3!!!

        1. Pak Ustaz, apa sebenarnya yang terkandung di dalam Kitab ‘AqidatunNajin ini? Boleh berikan sedikit penjelasan?

        2. Yang terkandung di dalam Kitab ‘AqidatunNajin ini adalah Syarahan kepada Matan Imam Sanusi. Segala masalah Tauhid ini berpaksikan pada Matan Imam Sanusi. 

        3. Jadi, sumber Asal Kitab ‘AqidatunNajin Fi ‘Ilmi Usuliddin, bagi Al-’Alim Al-’Allamah Asy-Syaikh Zainul ‘Abidin bin Muhammad Al-Fathani sebenarnya ialah berdasarkan Kitab Tauhid Matan Imam Sanusi.  

        4. Kitab ini terkenal di seluruh dunia dan masih dicetak di di Syarikat Percetakan Dar Ihya’ Al-Kutub Al-‘Arabiyyah, kepunyaan ‘Isa Al-Babil Halabi dan Syarikatnya di Kaherah, Mesir sehingga sekarang.

        5. Bagi mengakhiri Risalah Taubat yang Ke-3 ini, kami bawakan di sini kata-kata Pentashih Kitab AqidatunNajin Fi ‘Ilmi Usuliddin, iaitu Haji Ilyas Yaakub Al-Azhariyy,  


(Kata-kata Pentashih yang perlu di ambil perhatian ialah, - Pent.) 

“Kemudian, daripada itu. Maka, dengan pertolongan Allah s.w.t telah selesai mencap (mengecap) ini Kitab yang bernama ‘AqidatunNajin karangan Asy-Syaikh Zainul ‘Abidin bin Muhammad Al-Fathani yaitu Kitab yang mengandungi bicara Tauhid dan ‘Aqaid (Aqidah).  

Dan, tiada lah syak bahawa perbicaraan dalam perkara Tauhid, iaitu sesukar-sukar dan sepenting-penting perbicaraan, kerana Ta’alluqnya (perhubungannya) dengan Iktiqad. 

Apabila tersalah Iktiqad seseorang, tentulah amalannya menjadi sia-sia sahaja. Dan, mudah-mudahan, dapatlah mengambil faedah dengan ini Kitab yang di atur oleh pengarang dengan baik susunannya.

Di cap ini Kitab pada percetakan, 

  
Dar Ihya’ Al-Kutub Al-‘Arabiyyah,

Kepunyaan ‘Isa Al-Babil Halabi dan Syarikatnya di Tanah Mesir. (Di Kaerah, Mesir. – Pent.) 
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
D. KESIMPULAN

        1. Daripada pembacaan di atas, dapatlah diketahui bahawa, memetik sebarang ayat Al-Quran dan Hadis Nabi saw, dengan ketiadaan bimbingan Ulama’ dan Fuqaha’ (Kitab-kitab Tafsir Muktabar) akan menyebabkan seseorang itu jatuh ke lembah kekufuran (Kekafiran). 

        2. Dan, kerana takutkan jatuhnya Ummat ini ke lembah kekufuran (kafir) di dalam menghuraikan Al-Quran, telah menulis Sahabat Nabi saw iaitu Ibnu ‘Abbas Radiallahu ‘Anhu akan sebuah Kitab Tafsir yang bernama ;

“Tanwirul Miqbas Fi Tafsiribni Abbas.”

        3. Di sini, kami bawakan suatu contoh mudah bagi menguji ilmu seseorang, sama ada ia sememangnya benar-benar berilmu atau tidak! Satu orang yang berilmu, akan mengetahui kesalahan ayat di bawah ini;

“Siapakah muhrim kamu di rumah?”

        4. Tetapi, bagi satu orang yang tidak berilmu, tidak akan mengetahui kesalahan Nahwu dan Saraf yang terdapat di dalam ayat ini. 

        5. Sedangkan; 
        a. Erti perkataan Muhrim itu bermaksud orang yang sedang dalam Ihram, semasa mengerjakan Haji atau Umrah. 

        b. Manakala, erti perkataan Mahram pula bermaksud orang yang tiada halal (haram) dinikahi. Maka, perkataan Mahram adalah perkataan yang sepatutnya, diletakkan di dalam ayat di atas.

        6. Walaupun, perkataan bahasa Arab itu mempunyai bilangan huruf yang sama, ia tetap berbeza jika dibaris dengan baris hadapan yang berbunyi Muhrim, dan baris atas yang berbunyi Mahram.

        7. Jika perkara ini tidak dapat difahami dan dihuraikan, bagaimana ingin memahami segala maksud ayat-ayat Al-Quran dan Hadis Nabi saw yang sebenar? 

        8. Para pembaca budiman yang takutkan Allah! 

        9. Ringkas kata, jika ada seseorang yang sangat hebat menguasai Ilmu Nahwu dan Saraf Bahasa Arab, sehinggakan boleh membaca ayat-ayat Al-Quran tanpa mempunyai baris. 

        10. Tetapi, masih belum mempelajari secara halus pengkelasan ilmu-ilmu di bawah ini, iaitu;

        i. Sebab Nuzul ayat Al-Quran dan sebab Wurud Hadis Nabi saw,

        ii. Pengkelasan ayat-ayat Mutasyabihat dan ayat-ayat Muhkamat,

        iii. Pengkelasan ayat-ayat Majazi dan ayat-ayat Haqiqi

        iv. Mana yang Nasikh dan mana yang Mansukh,

        v. Mana yang Mujmal dan mana yang Mufassal, 

        vi. Mana yang Shahih dan mana yang Dha’if, 

        vii. Mana yang Mutlaq dan mana yang Muqaiyad,  

        viii. Dan, lain-lain lagi yang berhubung kait dengan Ilmu Tafsir.

        11. Maka, si dia ini diharamkan untuk memetik dan mengulas mana-mana ayat yang terkandung di dalam Al-Quran. Larangan ini adalah berdasarkan Hadis Nabi saw seperti yang telah kami sampaikan di dalam risalah yang lepas.1

        12. InsyaAllah, di dalam Risalah yang akan datang! Kami akan menghantarkan kepada para pembaca budiman mengenai kepentingan menguasai kepelbagaian pengkelasan ayat-ayat Al-Quran dan Hadis-hadis Nabi saw.