Feb 7, 2011

TAUBAT SI JEMAAH TABLIGH (2) - Tentang Ayat "Kun Fayakun"

 PERINGATAN !!!

1.      Kami tidak menghalang orang-Orang Tabligh yang ingin berdakwah dan menghidupkan Sunnah Nabi saw, Mengajak mengerjakan Solah dan sebagainya.

2.      Tetapi, kami menghalang berkata-kata Agama di dalam Keadaan Jahil, dan berkata-kata Agama itu bersumberkan dari mulut-mulut orang lama Tabligh (Eldest) yang tiada bersumberkan dari mana-mana Kitab Muktabar.
 DIBAWAH INI ADALAH FAHAMAN TAUHID SAYA DAN RAKAN-RAKAN SEMASA BERGERAK SEBAGAI KARKUN DALAM DIDIKAN  GERAKAN TABLIGH DI MALAYSIA

A. TAUBAT YANG KE-2
( TENTANG AYAT "KUN FAYAKUN")

1. Dahulu aku pernah berkata-kata seperti di bawah ini;

Contoh 1

- “Tuan-tuan, terdapat di dalam surah Yassin, ada ayat yang menerangkan Allah nak jadikan makhluk itu dengan sebutan “Kun Fayakun”.

Allah Maha Kuasa tuan-tuan. Begitu hebatnya Kuasa Allah, Allah nak jadikan makhluk itu sebenarnya, sebelum sebutan “Kun” bertemu dengan “Fa” lagi, makhluk itu pun dah terjadi.”

2. Ayat-ayat yang saya katakan di atas seolah-olah seperti begini.

- Saya yakin, bahawa cepatnya dan hebatnya Allah Taala nak menjadikan makhluq. Sebelum habis Allah Taala menyebut bunyi nun, makhluq sudah pun terjadi.

- Ayat Al-Quran yang menerangkan perkara ini ialah Firman Allah, Surah Yasin, ayat 82.
 

Terjemahannya, “Hanya sesungguhnya keadaan Allah Taala, apabila mengkehendaki menjadikan ia akan sesuatu bahawa berkata Ia, baginya ‘Jadilah, maka jadilah ia.”

Maafkan saya kerana menyampaikan sesuatu yang murtad lagi memurtadkan kepada sahabat-sahabat.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
B. PENERANGAN TAUBAT YANG KEDUA

1. Inilah titik perbezaan orang yang Berilmu Agama (Belajar Tauhid dari Kitab-kitab Muktabar) dengan orang yang Jahil Agama walaupun dia itu seorang Profesor di dalam bidang tertentu sekalipun;

a. Orang Jahil Agama. – Memang tinggi fikir orang Tabligh ini. Tidak pernah dengar pun dari mulut Ustaz-ustaz yang mengatakan Allah Taala sehebat begini. Jika Allah mahu ciptakan makhluq, sebelum habis sebutan Nun lagi, makhluq sudah tercipta. Orang Tabligh memang tinggi fikir agamanya.

b. Orang Berilmu Agama. – Jika Allah Taala itu mahu menjadikan makhluq, bukanlah dengan berkata-kata “Kun Fayakun”. Sedangkan Maha Suci Allah dari berkata-kata sesuatu yang menyerupai Makhluq.

2. Ketahuilah oleh mu wahai para pembaca sekalian! Iaitu, boleh terjatuh hukum kufur (kafir) kepada si Penyebutnya jika dia ini beriktiqad bahawa Allah itu berkata-kata seperti Makhluq.

3. Inilah kesannya kerana mengambil Zahir ayat Al-Quran (Ayat-ayat Mutasyabihat) yang mengatakan Allah berdialog, tanpa mempelajari Ilmu Tauhid.

4. Perkara ini seperti apa yang dinyatakan di dalam Kitab ‘Aqidatun Najin Fi ‘Ilmi Usuliddin, bagi Al-’Alim Al-’Allamah Asy-Syaikh Zainul ‘Abidin bin Muhammad Al-Fathani, pada m/s 49, baris yang ke-8 dari atas.


- (Dan) Telah lalu disebut, orang yang berpegang dengan ZAHIR segala ayat Mutasyabihat atau segala Hadis Mutasyabihat itu, jadi KUFUR (Kafir).
................................
5. Maka, sebagai tafsilan atau perincian penghujjahan kami ini, baiklah! Secara “Tabarrukan Wa Tawasullan”, kami bawakan apa yang dinyatakan di dalam Kitab AsySyarhul Qawwim Fi Halli Al-Fazi Assiratil Mustaqim, bagi Asy-Syaikh Abdullah Al-Harari Al-Ma’ruf Bil Habasiyyi, m/s 141.


Ertinya,
....Maka, jika berkata mereka, iaitu Qaum Musyabbihah ,

(Qaum Musyabbihah itu, adalah Qaum yang mempunyai Aqidah yang terkeluar daripada Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah Al-Asya’irah dan Maturidiyyah. – Pent.)

“Bermula dalil kami di atas bahawasanya, Kalam Allah Taala itu dengan ada Huruf dan Suara, ialah sebagaimana FirmanNya Taala,


Ertinya, “Hanya sesungguhnya keadaan Allah Taala, apabila mengkehendaki menjadikan ia akan sesuatu bahawa berkata Ia,
baginya ‘Jadilah, maka jadilah ia.”

Maka jawapannya, kalau adalah perkara sebenar sebagaimana yang kamu (orang-orang Musyabbihah) dakwa, nescaya bersalahanlah ini ayat serta Ayat Al-Quran yang lainnya. Sedangkan, Al-Quran itu saling kuat mengkuatkan satu sama lain. Dan, tidaklah saling bertentangan.

(Jadi, apakah maksud sebenar ayat “Kun Fayakun” ini? – Pent.)

Dan, hanya sesungguhnya makna ini ayat bahawa, Allah Taala mengadakan segala benda dengan ketiadaan penat, dan kesusahan, dan dengan ketiadaan halangan dari seseorang kepada Allah.

Iaitu, sesungguhnya Allah Taala menjadikan akan benda-benda yang ia kehendaki, bahawa ia jadikan akan benda itu dengan bersegera, lagi dengan ketiadaan terlewat, daripada waktu yang ia kehendaki adanya benda itu, pada waktu tertentu itu.

Maka adapun, makna,

Ertinya, “Jadilah, maka jadilah ia.”

Ia menunjukkan di atas segera mengadakan. Dan, bukanlah maknanya itu, tiap-tiap kali apakala berkehendak oleh Allah Taala menjadikan sesuatu benda, bahawa berkata ia,

“Jadilah”, “Jadilah”, “Jadilah”.
Dan, jika sekiranya begini maknanya. Nescaya, Allah Taala itu tiap-tiap waktu hanya berkata,
 
“Jadilah”, “Jadilah”, “Jadilah”.

Bermula, fahaman yang sedemikian adalah Mustahil kerana Allah swt menjadikan pada detik yang satu, iaitu barang yang tidak dapat masuk di bawah perkiraan.

(Tidak terkira banyaknya Allah menjadikan makhluq pada satu detik masa yang sama. Tidak dapat difahami, hanya Allah sahaja yang faham.- Pent.)

Kemudian, adalah perkataan, “Kun, ()” itu bahasa ‘Arab. Sedangkan Allah Taala itu, telah ada sebelum adanya bahasa-bahasa makhluq semuanya. Dan, sebelum adanya berbagai-bagai bangsa makhluq.

Maka, di atas fahaman Qaum Musyabbihah (Yang mengatakan Allah Taala menjadikan makhluq dengan menyebut perkataan, “Kun’. – Pent.), nescaya pastilah Allah Taala itu asalnya diam. (Tidak berkata-kata). Kemudian, baharulah ia berkata-kata.

Bermula ini perkara adalah mustahil, kerana bahawasanya keadaan diam, kemudian berkata-kata, kemudian diam lagi, dan kemudian berkata-kata lagi, adalah Sifat Keadaan Manusia, dan juga selain daripada manusia.
Dan, demi sesungguhnya, berkatalah Qaum Ahlus Sunnah Wal Jamaah (Al-Asya’irah),

“Kalaulah ada Allah Taala itu berkata-kata dengan huruf dan suara, nescaya Allah Taala berlaku di atasnya segala Sifat-sifat kemakhluqan, seperti bergerak, dan diam, dan sejuk, dan kering, dan berwarna-warni, dan ada bauan tertentu, dan rasa tertentu, dan lain-lain lagi. Sedangkan, ini semua adalah Mustahil bagi Allah.”

Dan, bermula Allah Taala menjadikan sebahagian daripada ‘Alam atau Makhluq itu bergerak-gerak pada satu ketika, dan diam pada satu ketika, mereka itulah manusia dan jin dan malaikat, dan angin, dan cahaya, dan gelap, dan bayang-bayang.

Sedangkan Allah Taala, langsung tidak menyerupai akan sesuatu pun daripada ini ‘Alam atau makhluq kesemuanya.
.......................................

6. Dan, lagi pada halaman 142.


Ertinya,

... Dan adapun, barang yang berpendapat kepadanya oleh Qaum Mujassimah daripada mengatakan bahawa Allah Taala menyebut dengan huruf “Kaf dan Nun ()” ketika menjadikan sesuatu daripada segala makhluq. Maka, fahaman itu adalah fahaman yang bodoh.

Tidak pernah mengatakan dengan ini fahaman oleh seorang yang beraqal pun. Kerana, sesungguhnya mereka (Qaum Mujassimah) berkata mereka,


“Sebelum mengadakan makhluq, berkata oleh Allah Taala dengan ini perkataan yang tersusun dari huruf kaf dan nun.”

Maka, adalah maknanya Allah berkata-kata kepada sesuatu benda yang belum ada.

( Pada ketika Allah mula-mula menjadikan alam ini, iaitu sewaktu masa dan ruang masih belum ada, malah cahaya dan kegelapan pun masih belum ada, bagaimana boleh Allah berkata huruf kaf dan nun sedangkan huruf kaf dan nun ini wujud setelah manusia itu dijadikan? - Pent.)

Dan, jika mereka berkata pula,


“Sesungguhnya Dia (Allah Taala) berkata akan yang demikian itu selepas menjadikan sesuatu makhluq.”

Maka, tidak ada makna sama sekali berkata-kata untuk menjadikan sesuatu yang sudah ada.
.......................................

7. Inilah kesan sebenar yang berlaku apabila Al-Quran itu diterjemah tanpa disertakan Tafsir berbahasa Arabnya. Kerana ini perkaralah, Ulama’ dan Fuqaha’ mengharamkan menterjemah Al-Quran tanpa disertakan dengan tafsir bahasa ‘Arabnya.

8. Ini jelas kerana kerosakan telah berlaku lantaran dengan adanya Al-Quran dan Terjemahannya sahaja, ada orang sudah merasakan ia sudah faham Al-Quran dan boleh menafsir Al-Quran hanya dengan berdasarkan terjemahan ke dalam Bahasa tertentu.

9. Seperti apa yang dipelajari dari Kitab-kitab Tauhid yang Muktabar, mengenai Allah itu bersifat Kalam. Diketahui bahawa Allah Taala itu berkata-kata dengan;

a. Tidak berhuruf dan tidak bersuara,
b. Tidak ada permulaan dan tidak ada kesudahan,
c. Tidak mempunyai arah, iaitu atas, bawah, kanan, kiri, depan dan belakang.
d. Tidak mempunyai jarak jauh dan dekat.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

10. Pak ustaz, bolehkah kami bertanya, bagaimana pula dengan ayat-ayat Al-Quran yang menerangkan bahawa Nabi Musa as boleh berdialog dengan Allah?

11. Wahai para pembaca yang mencari Keredhaan Allah! Bagi Kisah Nabi Musa as pula, sebenarnya, Allah telah membuka hijab Nabi Musa as supaya dapat mendengar kata-kata Allah yang Qadim (Tiada Mula). Dan, bukanlah dengan berdialog yang mempunyai Permulaan dan Kesudahan.

12. Untuk memantapkan lagi hujjah kami ini, kami bawakan kepada para pembaca sekalian akan penerangan Kitab Tijanud Darari Fi Syarhi Risalatil Baajuriyy, bagi Asy-Syaikh Muhammad Nawawi Ibnu Umar, Al-Banteni At-Tanari, m/s 8, baris 9 dari bawah.


Tentang Bab Kalam Allah

Dan, bermula dalil atas demikian itu, yaitu tsabitnya sifat Kalam bagi Allah swt iaitu, dalil Sam’iyy,


Ertinya, “Dan telah berkata-kata oleh Allah Taala kepada Nabi Musa as akan sebagai benar-benar berkata-kata.”

Tafsir - Iaitu, menghilangkan oleh Allah daripada Nabi Allah Musa as akan Hijab, dan Allah memperdengarkan kepada Nabi Musa as akan Kalamnya yang Qadim (Tiada Mula).

Kemudian, Allah kembalikan ke atas Nabi Musa as akan Hijab.

Dan, bukanlah maksud daripada ayat ini bahawasanya Allah Taala memulakan percakapan (Dialog). Kemudian, lalu Allah Taala diam (daripada berdialog), kerana sesungguhnya Allah Taala itu sentiasa berkata-kata, kekal dan selama-lamanya. ( ).

Dan ada diriwayatkan, bahawasanya Musa as adalah beliau menyumbat akan dua lubang telinganya ketika sekembalinya daripada bermunajat kepada Allah Taala, supaya beliau tidak mendengar akan perkataan makhluq, kerana keadaan Musa as sudah tidak sanggup mendengar perkataan makhluq.

Kerana, sudah jadi di sisinya (apa yang didengari dari Makhluq) lebih buruk daripada suara-suara binatang yang buruk lantaran kerana sudah mengecapi daripada kelazatan mendengar Kalamullah yang Qadim, yang tidak dapat sama sekali diterangkan ketika mana mendengar akan Kalam “Zat yang tiada serupa dengan suatu apa pun.”

Dan, sesungguhnya, naik cemerlang (bercahaya) wajahnya Musa as, lantaran kerana cahaya nur yang bergemilangan. Sehingga tidak ada orang yang melihat akan dia melainkan pasti buta matanya.

Lalu, beliau pun memakai Burqu’ (Kain Penutup Muka) dan berkekalanlah beliau memakai Burqu’ (Kain penutup muka) di atas muka beliau sehinggalah beliau wafat.

13. Kesimpulannya, jangan bermudah-mudah kita membaca Terjemahan Al-Quran, lalu menafsirkan ayat-ayat Al-Quran seperti apa yang telah orang-orang Tabligh lakukan. Kesannya jelas, ia boleh membawa Riddah (Murtad).
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
D. KESIMPULAN

1. Tidak pernah sampaikah kepada mu wahai Saudara-saudaraku! Akan peringatan-peringatan dari Nabi saw, yang melarang kita dari menghuraikan Ayat-ayat Al-Quran dan Hadis-hadisnya berdasarkan apa sahaja yang terlintas di fikiran kita tanpa mempelajari Ilmu-ilmu Tafsir.

2. Marilah kita sama-sama membaca, melihat dan mendengar lagi akan Hadis Nabi saw yang melarang perbuatan tersebut!

3. Telah tersebut di dalam Kitab Tafsir Marah Labid Li Kasyfi Ma’na Quran Majid / Tafsir Al-Munir, bagi Asy-Syaikh Muhammad Nawawi Ibnu Umar, Al-Banteni At-Tanari, Juzu’ Pertama, m/s 2.


Ertinya,

Dengan Nama Allah yang amat Pemurah lagi Amat Pengasih

- Segala puji adalah milik bagi Allah, yang mana telah Tawadhu’ (Merendahkan diri) oleh tiap-tiap sesuatu kerana Kehebatan Allah, dan telah menjadi Hina oleh tiap-tiap sesuatu kerana KemuliaanNya Allah. Dan, telah menyerah diri oleh tiap-tiap sesuatu di bawah Kekuasaan Allah.

Dan, tunduklah oleh tiap-tiap sesuatu di bawah kerajaannya Allah. Maha Suci Allah, yang mensyarakkan (menitahkan) segala Hukum yang dapat membezakan di antara Halal dan Haram.

Aku puji akan Allah, di atas apa yang telah dibukakan (difahamkan) daripada yang tersembunyi daripada Ilmu-ilmu, dengan mengeluarkan (memberikan) kefahaman.

Bermula Salawat dan Salam di atas penghulu kami Muhammad yang mana telah menghilangkan oleh dek penerangannya akan tiap-tiap kesamaran. Dan, juga Salawat dan salam di atas Keluarganya, dan Sahabat-sahabatnya, yang empunya perbuatan yang terpuji dan kesabaran yang tinggi, akan sebagai salawat dan salam yang berkekalan keduanya, selama mana masih ada hari-hari dunia.

(Adapun kemudian daripada bertahmid memuji Allah, dan berselawat dan salam di atas keluarga dan sahabat.)

Maka, berkatalah oleh sehina-hina makhluk iaitu Muhammad Nawawi,

"Sesungguhnya, telah meminta kepada ku, oleh sebahagian orang-orang yang mulia di sisiku, bahawa aku tuliskan suatu Tafsiran
bagi Al-Quran Al-Majid."

Maka, berbelah bagilah hati ku pada menunaikan permintaannya itu, serta mengambil masa yang lama.

Ini semua kerana takutkan daripada terjerumus di dalam Sabdaan Nabi saw,


"Barangsiapa berkata-kata (menafsirkan) tentang Al-Quran dengan pemikirannya sahaja (tanpa Ilmu alat bagi menafsirkan Al-Quran). Maka, Taqdir Allah betul pula Tafsirannya (secara kebetulan). Maka sesungguhnya, dia tetap bersalah (berdosa)."

(Ingatlah, walaupun betul penafsiran seseorang itu tentang Al-Quran, dia tetap berdosa kerana menggunakan pemikiran semata-mata. – Pent.)

Dan lagi, sabda Nabi saw,


“Barangsiapa berkata-kata (menafsirkan) tentang Al-Quran dengan pemikirannya semata-mata, maka hendaklah dia menyiap sediakan tempat duduknya di dalam api neraka Jahannam.”

Aku terima jua akan permintaan mereka supaya membuat satu tafsiran kerana mengikut jejak langkah para Ulama' Salaf dalam kerja menyusun Ilmu pengetahuan, supaya kekal ilmu pengetahuan beredar di kalangan Makhluk. Sebenarnya, tidak ada suatu penambahan atau pembaharuan dalam perbuatan ku ini.

Akan tetapi, sedarlah setiap zaman ada pemangkin atau penyemarak agama (Tajdid), dan juga supaya tafsiran Al-Quran yang ku susun ini menjadi penolong untuk ku. Dan, untuk orang-orang yang kurang pengetahuan, seperti aku. Dan, aku ambil di dalam kitab tafsiran ku ini daripada Kitab ;

1. Kitab Tafsir Al-Futhuhatul Ilahiyyah,
2. Kitab Tafsir Mafatihul Ghaib,
3. Kitab Tafsir Assirajul Munir,
4. Kitab Tafsir Tanwirul Miqbas,
5. Kitab Tafsir Tafsir Li Abi Su'ud.

Dan aku namakan akan dia, serta bersepakat dengan tarikhnya ;


"Marah Labid Li kasyfi Ma'na Quran Majid."

Dan, di atas Allah yang bernama sifat Al-Karim Al-Fattah, aku berpegang. dan kepadanya lah aku berserah dan aku bersandar. Dan, sekarang tibalah masanya, aku masuk menafsirkan dengan keelokan Taufiq daripada Allah, dan Dialah Allah sebenar-benar pembantu bagi tiap-tiap orang yang lari mendapatkan bantuan denganNya.
................................................

4. Maka, peliharalah dirimu wahai pembaca-pembaca budiman dari melakukan perkara-perkara di atas, iaitu dengan menjauhkan dirimu dari menafsir Al-Quran berdasarkan apa yang terlintas di fikiranmu.

5. Telah berkata orang-orang yang jahil dalam Agama,

“Tak kanlah jatuh Riddah (Murtad) cakap agama berdasarkan
Al-Quran dan Hadis.”

6. Ketahuilah olehmu! Tidaklah jatuh sesat 72 golongan itu yang dijanjikan masuk neraka kerana meninggalkan Al-Quran dan Hadis, malah mereka berpegang kuat akan Al-Quran dan Hadis Nabi saw.

7. Tetapi, jatuhnya mereka masuk ke lembah neraka Allah adalah kerana, mereka menterjemahkan dan mengulas keterangan-keterangan Al-Quran dan Hadis berdasarkan Hawa Nafsu mereka, dan mereka mengulas Nas tersebut berdasarkan apa yang terlintas di fikiran mereka semata-mata.

8. InsyaAllah, di dalam Risalah yang akan datang!

9. Kami akan memperkenalkan kepada saudara dan saudari pembaca yang budiman akan pengkelasan ayat-ayat Al-Quran yang Zahir dan Haqiqat. Yang mana, kejahilan mengenal pengkelasan ini akan menyebabkan kita terjatuh ke dalam lembah Muktazilah (Qadariyyah) yang dikeji oleh Nabi saw.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
10. Telah berkata lagi orang-orang yang jahil dalam Agama (Orang Tabligh),

“Kalau macam tulah mengikut pegangan kamu, sudah tentu umat Islam
akan berpecah belah dan tidak akan bersatu selama-lamanya!
Itu sebablah kami buat dakwah,
dengan Dakwah umat Nabi saw boleh bersatu tanpa
mengira Iktiqad, Mazhab dan segala perbezaan pendapat.”

11. Sedarlah wahai para pembaca yang budiman sekalian! Tujuan kami menyebarkan Risalah ini bukan sebagai memecah belahkan Ummat Nabi saw seperti apa yang didakwa oleh orang-orang Jahil di atas.

12. Tetapi, sebagai menyampaikan peringatan dari Nabi saw, bahawa di akhir zaman ini, akan terpecah Ummatnya menjadi 73 puak. Hanya, satu pecahan sahaja yang selamat masuk ke syurga, iaitu mereka-mereka yang mempunyai Aqidah dan Tauhid yang benar.

13. Dan, ini merupakan suatu Perintah dari Allah swt kepada kami, agar melakukan ‘Al-‘Amru Bil Ma’ruf (Mengajak Manusia ke arah kebaikan) dan Nahyu Anil Munkar (Mencegah daripada Kemungkaran). Iaitu, dengan menyebarkan Aqidah dan Tauhid yang benar, dan mencegah manusia dari terjerumus ke lembah Iktiqad Bidaah yang mungkar.

14. Maka, dengan ini jelaslah bahawa si jahil yang berkata-kata di atas mengenal (memahami) agama dengan penilaian baik dan buruk aqalnya semata-mata. (Seperti, mereka-mereka yang berfahaman Muktazilah).

15. Maka, bertentanganlah kata-kata dan keyakinan si jahil ini dengan Dasar-dasar Ahlus Sunnah Al-Asya’irah dan Maturidiyyah, iaitu ;


Jalan wajib mengenal (faham) agama dengan sumber Syarak (Nas Al-Quran dan Hadis.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

No comments: