Feb 7, 2011

TAUBAT SI JEMAAH TABLIGH (1) - ADAB TIDUR


  PERINGATAN !!!

1.      Kami tidak menghalang orang-Orang Tabligh yang ingin berdakwah dan menghidupkan Sunnah Nabi saw, Mengajak mengerjakan Solah dan sebagainya.

2.      Tetapi, kami menghalang berkata-kata Agama di dalam Keadaan Jahil, dan berkata-kata Agama itu bersumberkan dari mulut-mulut orang lama Tabligh (Eldest) yang tiada bersumberkan dari mana-mana Kitab Muktabar.


 DIBAWAH INI ADALAH FAHAMAN TAUHID SAYA DAN RAKAN-RAKAN SEMASA BERGERAK SEBAGAI KARKUN DALAM DIDIKAN  GERAKAN TABLIGH DI MALAYSIA

A. TAUBAT YANG PERTAMA 
(ADAB TIDUR)


1. Dahulu aku pernah menerangkan adab Tidur seperti di bawah ini;

 
Contoh 1


"Tuan-tuan, adab Tidur yang datangnya dari Rasululah saw itu ada 2 cara;
  
  • Cara Pertama ialah kita tidur di atas lambung kanan seperti keadaan mayat diletakkan di dalam kubur. Muka dan badan kita menghadap ke arah qiblat. 
  • Cara Kedua ialah tidur menegak, iaitu kita letakkan kepala ke arah qiblat, dan kaki ke arah yang berlawanan Qiblat.

2. Ayat-ayat yang saya katakan di atas seolah-olah seperti begini.
  • Saya yakin kedua-dua cara tidur ini adalah cara atau Sunnah Nabi saw. 
  • Kaki tidak boleh menghadap ke arah Qiblat kerana ia merupakan suatu perbuatan yang tidak beradab dan juga merupakan suatu dosa jika dilakukan.

Maafkan aku wahai sahabat-sahabatku kerana menyampaikan sesuatu yang salah lagi menyesatkan ini kepada kamu semua.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

A. PENERANGAN TAUBAT PERTAMA

1. Para pembaca sekalian, jika kita tidak mengenal adab tidur yang sebenar. Maka, kita semua akan percaya dan mengikut seperti apa yang di sampaikan oleh orang-orang Tabligh ini.
 
2. Jatuh kita ke dalam keburukan kerana Jahil di dalam Agama, malah perkara yang sesat ini kita sampaikan kepada orang lain dengan sangkaan ini merupakan Sunnah Nabi saw yang sebenarnya.

 
3. Lalu, kita lagangkan perkara salah ini di atas nama Nabi saw tanpa sebarang bukti dan sumber rujukan. Maka! Satu lagi tiket ke Neraka Jahannam telah ditempah kepada si penyampai Adab Tidur yang dikatakan dari Nabi saw ini.
 

4. Kepada orang-orang Tabligh! Sila nyatakan Ayat Al-Quran dan Al-Hadis yang menjelaskan perkara-perkara ini secara tepat, dari Kitab apa, karangan siapa, halaman dan juzu’ berapa, syarikat percetakan dan tahun percetakannya.
 

5. Jika kata-kata di atas tidak berdasarkan mana-mana sumber atau Kitab, maka ia merupakan pendustaan oleh orang-orang Tabligh itu sendiri.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
6. Untuk mengetahui adab Tidur yang sebenar, marilah kita sama-sama membuka Kitab Maraqil ‘Ubudiyyah, bagi Asy-Syaikh Muhammad Nawawi Ibnu Umar, Al-Banteni At-Tanari, m/s 41, baris 15 dari bawah. Beginilah nas Ibarah Kitabnya,


 - .....Dan, bermula mengadap Qiblat itu di atas dua bahagi. Salah satu dari keduanya itu, mengadap Qiblat bagi orang yang hadir kepadanya oleh kematian. Dan, dia itu tidur terlentang di atas tengkuknya.
 

Maka, bentuk mengadap Qiblat orang yang tidur terlentang itu, bahawa adalah mukanya, dan kedua tapak kakinya mengadap ke arah Qiblat.
................................
7. Dan, tersebut lagi di dalam Kitab Ihya’u Ulumiddin, bagi Al-’Alim Al-’Ulama Hujjatul Islam Ila Hamid Muhammad bin Muhammad Al-Ghazali, Juzu’ 1, m/s 349.


 
- ...Dan adab ke tujuh, bahawa tidur ia mengadap akan Qiblat. Dan, bermula mengadap Qiblat itu atas dua bahagi. Salah satu dari keduanya, mengadap Qiblat orang yang hadir kepadanya kematian.
 

Dan, yaitu terlentang di atas tengkuknya. Maka, mengadap Qiblat orang yang tidur terlentang itu bahawa adalah mukanya, dan dua tapak kakinya mengadap ke Qiblat.
......................................


8. Dan, tersebut lagi di dalam Kitab Siarus Salikin Fi Thariqatis Sadaatis Suffiyah, yang diterjemah dari Kitab Lubabu Ihya’i Ulumiddin Al-’Alim Al-’Ulama’ Hujjatul Islam Ila Hamid Muhammad bin Muhammad Al-Ghazali. Oleh Al-’Allamah Al-‘Arifu Billah Asy-Syaikh Abdussamad Al-Falimbani Rahimahullah Hi Taala, Juzu’ 1, m/s 230, baris 11 dari atas.


 
- (Dan Adab yang ketujuh) Sunnah ia tidur mengadap Qiblat. Bermula mengadap qiblat itu atas dua bahagi.

 
a. Pertama, seperti orang yang hampir mati iaitu terlentang di atas belakangnya. Dan, adalah mukanya, dan dua tapak kakinya itu, kepada qiblat itu.

 
b. Kedua, menghadap qiblat seperti mayat di dalam kubur. Yaitu (Iaitu), dijadikannya akan lambungnya yang kanan itu ke bawah. Dan, adalah mukanya, dan dadanya itu, mengadap qiblat.”

..........................

 
9. Di sini, dapatlah difahami bahawa Adab Tidur yang sebenar ialah muka kita, dada kita dan kedua tapak kaki kita mestilah menghadap ke arah Qiblat.
 

10. Setelah diterangkan segala panjang lebar Nas Agama seperti di atas, tetapi tiba-tiba muncul seseorang manusia berkata,

“Mana boleh, tidak elok kaki itu mengadap Qiblat.”
 
11. Ketahuilah olehmu, bahawasanya manusia yang muncul ini merupakan manusia yang suka mendahului aqalnya lebih dari Nas Agama. Maka, jauhkanlah diri kamu akan orang yang bersifat seperti ini.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 

12. Ketahuilah wahai para pembaca yang cintakan Allah! Telah dikhabarkan kepada kami, bahawa kedudukan kita ini di Asia Tenggara adalah di bahagian Tenggara Kaabah. Dan, ia juga mengadap bahagian Al-Hajarul Aswad di sebelah tenggara Kaabah.
 
13. Binaan Kaabah atas bumi sememangnya begini. Empat segi mewakili empat arah. Kalau nak tengok peta, ada dalam Kitabnya bernama Sullamul Munajah Syarah ‘ala Syafinatus Solah, m/s 14. Ada gambar peta di situ, sudut Al-Hajarul Aswad tepat jatuh pada Banten Tanara, Pulau Jawa.



14. Adalah salah satu Sunnah Nabi saw, bahawa kita melakukan perbuatan mengucup atau mencium Batu Al-Hajarul Aswad di Makkatul Mukarramah. Adalah satu kemulian juga bagi kita, jika kita dapat mengucup di tempat yang mana bibir Nabi Muhammad saw kucupi. Mudah-mudahan selamatlah kita dari api neraka.
 

15. Seperti apa yang dipelajari di atas, tatkala kita bangun dari tidur dan mengangkat badan kita. Maka, muka dan dada kita akan terus menghadap qiblat.

16. Bukanlah seperti apa yang diajarkan oleh orang-orang Tabligh, bila mana seseorang itu bangun dari tidurnya, punggung mereka telah awal-awal lagi sudah dihadapkan ke arah qiblat. Jadi, mereka telah membelakangi dan membuntuti Al-Hajarul Aswad.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------


D. KESIMPULAN

1. Sedarlah wahai-wahai Sahabat-sahabatku yang takutkan Allah! Istimewanya, orang-orang Tabligh yang benar-benar ingin mencari Keampunan Allah!
 
2. Janganlah ada di antara kita di sini yang gemar berkata-kata Agama (Berdakwah) di dalam keadaan Jahil. Larangan berkata-kata Agama di dalam keadaan Jahil adalah merupakan larangan dari Nabi Muhammad saw sendiri.
 

3. Ketahuilah olehmu! Apabila seseorang berkata-kata Agama di dalam keadaan Jahil, maka telah jatuh (berlaku) ke atas diri mereka, melakukan perbuatan-perbuatan yang Bidaah pada Iktiqad (Tauhid) dan Perkataan.
 

4. Marilah kita sama-sama mendengar dengan sepenuh perhatian dengan apa yang disampaikan oleh Tuan Guru kita yang sangat ‘Alim lagi ‘Allamah iaitu Asy-Syaikh Muhammad Arsyad bin Abdullah Al-Banjari, di dalam Kitabnya iaitu Kitab Tuhfatur Raghibin Fi Bayani Haqiqati Imanilmu’minin Wama Yufsiduhu Min Riddatil Murtaddin, m/s 17, baris 11 dari bawah.

 
Ertinya,


(Hubaya-hubaya! Hai Tholib / Hati-hati! Wahai Penuntut.)

Pelihara akan dirimu daripada Iktiqad (Aqidah dan Tauhid), dan Perkataan, dan Perbuatan yang Bidaah.
 
( Seperti apa yang kami terangkan mengenai Adab Tidur di atas, orang-orang Tabligh ini telah mereka suatu Bidaah pada Perbuatan.

 
Orang-orang Tabligh ini juga banyak melakukan Bidaah dari Segi Perkataan pada Majlis Bayan (Penerangan) mereka.

 
Dan, lantaran kerana banyak berkata-kata inilah, mereka jatuh kepada Bidaah yang lebih dahsyat, iaitu melakukan Bidaah pada Iktiqad (Iaitu, merekacipta Iktiqad (Keyakinan) yang menyalahi apa-apa yang dinyatakan di dalam Kitab Tauhid Al-Asya’irah.). – Pent.)

 
(Dan) Janganlah bersahabat dengan Qaum yang mempunyai Bidaah lagi Dholalah (Sesat). Dan, janganlah muliakan mereka itu.
(Kerana), Sabda Nabi saw,


 
Ertinya, “Barangsiapa memuliakan akan ahli Bidaah. (Dari Segi Iktiqad, Perbuatan dan Perkataan. – Pent.)

 
(Maka, sa nya) Menolongi ia pada meruntuhkan Agama Islam.
Telah meriwayatkan akan Hadis ini Imam Baihaqiyy.

 
(Dan) Lagi Sabda Nabi saw,

 
Ertinya, “Ahli Bidaah itu, sejahat-jahat Makhluq dan Tabiat (Perangai).”
Telah meriwayatkan akan Hadis ini Abu Nu’aim.

 
(Dan lagi) Sabda Nabi saw,


Ertinya, “Barangsiapa menghinakan Ahli Bidaah, nescaya disentosakan Allah Taala akan dia pada hari Qiamat, daripada haru hara terkejut yang amat besar.Dan, dipeliharakan Allah Taala akan dia, daripada bahaya.”

 
(Ketahui) Olehmu Hai Tholib, bahawasanya semata daripada Kurnia Allah Taala, kepada segala Hambanya. Tiada jua Zahir (Muncul) Ahli Bidaah itu pada suatu tempat, melainkan dizahirkan (dimunculkan) Allah Subhanahu Ta’ala seorang Hambanya yang mendirikan Hujjah dan Dalil yang menolakkan Bidaah.

 
(Yakni, seseorang yang akan bangun mendirikan Kebenaran dan menolak dari perkara Bidaah itu, adalah dari kalangan mereka sendiri. – Pent.)

 
Seperti, Sabda Nabi saw,

 
Ertinya, “Tiada Zahir ahli Bidaah, melainkan adalah dizahirkan Allah Taala atas mereka itu seorang daripada Hambanya yang membangkitkan Hujjah, dan Dalil yang menolakkan Bidaah itu.” Telah meriwayatkan Hadis ini Ibnu Hakim.

 
(Soal) Apa Murad (Maksud) daripada Bidaah itu. (Jawab) Bahawa, Murad daripada Bidaah itu, mengadakan dan membaharui suatu pekerjaan yang tiada daripada Agama Nabi kita Muhammad Sallahu ‘Alaihi Wassalam sama ada pekerjaan itu Iktiqad atau Perbuatan.

 
( Orang yang tidak pernah mengaji Agama, mereka hanya kenal perkara Bidaah Perbuatan sahaja. Sedangkan, ada juga Bidaah dari segi Iktiqad.

 
Tidakkah kamu sedar wahai orang-orang Tabligh?
 
Perbuatan kamu penuh dengan Perbuatan Sunnah Nabi saw. Tetapi, Iktiqad (Aqidah dan Kepercayaan) kamu adalah penuh dan sarat dengan Aqidah yang sesat, lagi bertentangan dengan Aqidah yang disampaikan oleh Nabi Muhammad saw. – Pent.).
....................................................
5. Sayugianya, peliharalah dan sampaikan peringatan ini kepada dirimu, keluargamu, dan saudara-saudaramu dari melakukan perkara-perkara Bidaah pada Iktiqad, Perbuatan dan Perkataan.


6. Dan, jika ada di antara mereka yang engkar dengan apa yang kamu sampaikan, maka janganlah kamu bersahabat dengan mereka.

 
7. InsyaAllah, di dalam risalah-risalah yang akan datang! Kami akan bangkitkan hujjah-hujjah dan dalil-dalil yang lebih banyak lagi, bagi menolak perkara-perkara Bidaah Iktiqad (Tauhid) dan Perkataan yang berlaku di dalam Jamaah Tabligh, yang membawa kepada jatuhnya Hukum Riddah (Murtad).
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

6 comments:

panglima halilintar said...

mohon share

Anonymous said...

tp bukan ke bgun tidur dari lambung kanan.(mengiring)jd takde la,blakang bdn kite mghadap ke kiblat..
contonya jika mlm tu kita tidur menegak,bukannya bgun menegak jga..tp mengiring dulu kelambung kanan baru bgun..??

Firdaus83 said...

SUNNAH MENGHADAP KE ARAH KIBLAT.

Yang SUNNAH dihadapkan ke KIBLAT itu ialah MUKA, DADA dan BAHAGIAN HADAPAN BADAN.

…..

Kalau TIDUR mengiring. Maka, SUNNAH pada pihak rusuk KANAN ke arah bumi.

Jadi, MUKA, DADA dan BAHAGIAN HADAPAN BADAN ke arah KIBLAT.

…..

Kalau TIDUR terlentang, yang SUNNAH dihadapkan ke KIBLAT adalah MUKA dan TAPAK KAKINYA ke arah KIBLAT.

…..

Seandainya seseorang TIDUR TERLENTANG dengan kepalanya menghala ke KIBLAT. Apatah lagi dibawah kepalanya ditaruh BANTAL.

Maka, yang dihadapkan ke KIBLAT ialah bahagian BELAKANG BADAN hingga ke punggung yang dihadapkan ke KIBLAT, atau ditalakan ke arah KIBLAT.

…..

Jadi, MAKSUD daripada ADAB TIDUR yang dinyatakan oleh IMAM GHAZALI iaitu SUNNAH TIDUR dengan MENGHADAP KE KIBLAT sudah hilang.

…..

Ada Karkun JAMAAH TABLIGH yang cuba menegakkan benang yang basah dengan mengatakan FATWA IMAM GHAZALI itu adalah TAK BERDALIL dan TAK BERHUJJAH.

Dianggapnya IMAM GHAZALI itu orang yang awam yang cakap pakai AIR LIUR BASI sahaja.

Malah, dikatanya ADAB TIDUR yang dinyatakan oleh IMAM GHAZALI sebenarnya adalah BIADAB TIDUR.

…..

Kerana, kononnya JAMAAH TABLIGH adalah sangat faham tentang DALIL dan CARA BERDALIL.

Oleh itu, ADAB TIDUR yang SEBENAR yang BERTEPATAN dengan DALIL dan CARA BERDALIL lagi sebenar-benar beradab adalah TIDUR TERLENTANG dengan KEPALA dan BELAKANG BADAN dihala dan ditala ke KIBLAT.

Ini adalah kerana AJARAN IMAM GHAZALI yang menghalakan MUKA dan TAPAK KAKI ke KIBLAT adalah KURANG HAJAR.

Ini semua adalah gara-gara kerana IMAM GHAZALI tidak tahu adanya HADIS ;

Sumber : http://www.scribd.com/doc/148877655/Adab-Tidur-Jemaah-Tabligh

“Dalil seterusnya ialah hadis Tabaroni di atas yang disebut tadi:

“Setiap sesuatu mempunyai ketuanya, dan ketua majlis-majlis ialah yang dihadap ke kiblat.”

…..

Lalu, JAMAAH TABLIGH menafsirkan Hadis ini dengan kata-kata berikut ini ;

“Apabila disebut arah yang paling mulia, maka sudah pasti tidak bersopan dengan menjulurkan kaki ke arahnya.”

….

Tetapi, Al-Allamah As-Sayyid Muhammad Ibnu Muhammad Al-Husaini Az-Zabidi Asy-Syahir Bi Murtadha (Wafat 1205 H), cetakan Darul Kutub Ilmiyyah, Bairut (Lubnan), juzuk 5, m/s 476, ketika Mensyarahkan ADAB TIDUR yang dinyatakan oleh Imam Ghazali sebagai berikut.

Lebih kurang Melayunya ;

Maka, hendaklah ingat oleh seseorang dengan TIDURNYA itu di atas DUA hal keadaan dirinya. Hal keadaan itu ialah ketika matinya (di dunia dengan diterlentangkan muka dan tapak kaki ke arah Kiblat.)

Dan, keadaan ketika ia diiringkan ke rusuk kanan di dalam Kuburnya.

Maka, dengan dua keadaan TIDURNYA begini. Jadilah KEMATIAN itu sangat rapat kepada diri seseorang.

…..

Lihatlah penerangan seorang yang ALIM dan seorang yang BENAR-BENAR BERILMU.

Dan, orang yang sebenar-benar faham kandungan KITAB IHYA’. Tidak ada sepatah pun katanya yang sampai tahap mengatakan IMAM GHAZALI berfatwa TANPA DALIL.

Cukuplah seseorang itu SESAT apabila menyatakan IMAM GHAZALI berfatwa TANPA DALIL.

Firdaus83 said...

Laungan JAMAAH TABLIGH ;

“Hendaklah kita membawa SIFAT-SIFAT dan SEMANGAT serta JIWA SEMBAHYANG di dalam KEHIDUPAN seharian !!!”

….

Hanya semata-mata TIPU DAYA dan PESONA sahaja.
Ternyata apabila TIDUR, merekalah yang MEMBELAKANGKAN KIBLAT.

Hilanglah SEMANGAT dan JIWA SEMBAHYANG yang didakwanya hendak dibawa di dalam AMAL HIDUP SEHARIAN.

Malah, dibiadab-biadabkannya tidur terlentang dengan MUKA dan TAPAK KAKI ke KIBLAT.

Konon alasannya, BIADAB KAKI KE KIBLAT.

….

Mereka melupakan BAGAIMANAKAH KEADAAN orang SEMBAHYANG TERLENTANG yang diajar oleh RASULULLAH SAW.

Lalu, dengan KESAT LIDAH mereka mengatakan IMAM GHAZALI BERFATWA TANPA DALIL.

Lalu, mereka pun BERLAGAK PANDAI dengan mengeluarkan DALIL kononnya “sangat BIADAB Fatwa Imam Ghazali tentang ADAB TIDUR TERLENTANG dengan MUKA dan TAPAK KAKI ke KIBLAT.”

Sangat BERSALAHAN kononnya ajaran IMAM GHAZALI dengan HADITH yang mereka tulis sebagai berikut :

“Dalil seterusnya ialah hadis Tabaroni di atas yang disebut tadi: “Setiap sesuatu mempunyai ketuanya, dan ketua majlis-majlis ialah yang dihadap ke kiblat.”

…..

Kesimpulannya ;

JAMAAH TABLIGH KONONNYA telah membetulkan KEBIADABAN ajaran IMAM GHAZALI tentang ADAB TIDUR.

Lalu, ADAB TIDUR yang DIREKA CIPTA BARU oleh Pentol-pentol JAMAAH TABLIGH sebenarnya yang betul-betul BERADAB.

….

Wahai Umat Islam, lihatlah bagaimana palsunya AJARAN JAMAAH TABLIGH, bagaimana rosaknya KEFAHAMAN AGAMA oleh JAMAAH TABLIGH sehingga setiap keterangan KITAB MUKTABAR yang bertentangan dengan AJARAN JAMAAH TABLIGH akan ditolak serta didustakannya.

Malah, sehingga ke tahap MENGATAKAN IMAM GHAZALI BERFATWA TANPA DALIL dan HUJJAH.

JAMAAH TABLIGHLAH yang konon sebenarnya BERAMAL dan BERAQIDAH dengan DALIL dan HUJJAH.

Inilah sebahagian dari KESESATAN JAMAAH TABLIGH !!!

…..

A^AZANALLAH MIN GHURURI JAMAAH TABLIGH FI UMURIDDIN !!!

(Mudah-mudahan menjauhkan Allah akan kita daripada Tipu Daya Jamaah Tabligh di dalam urusan Agama)

Firdaus83 said...

Ingatlah !!!

Adalah merupakan suatu AMALAN BERADAB dan lagi SUNAT ketika TIDUR MENGHADAP QIBLAT.

Dan, begitu juga SUNAT MENGHADAPKAN MAYYIT ke arah QIBLAT ketika diletakkan atau ketika memandikannya.

.....

AL-IMAM AL-GHAZALI RAH. menerangkan di dalam KITAB IHYA' cara MENGHADAP QIBLAT orang yang tidur SAMA seperti orang yang MATI !!!

Sama ada, semasa MAYYIT diletakkan sebelum dikebumikan atau semasa MAYYIT diletakkan dilubang LAHAD.

Cara MENGHADAP QIBLAT adalah berasaskan CARA MENGHADAP QIBLAT di dalam SEMBAHYANG !!!

.....

Tidak ada orang yang MENGENGKARI SUNAT MENGHADAPKAN MUKA dan TAPAK KAKI ke arah QIBLAT bagi yang tidur terlentang kecuali JAMAAH TABLIGH yang SESAT lagi MENYESATKAN UMMAT !!!

.....

Ya, mengadap QIBLAT sebagaimana seseorang itu SOLAH ketika sakit.

Dan, diletakkan BANTAL di bawah kepala agar kepala menghadap ke Qiblat.

.....

Dan, jika sekiranya tiada diletakkan BANTAL di bawah kepalanya, hanya tapak kakinya jua kepada Qiblat.

Maka, memadailah mengadap Qiblat dengan TAPAK KAKINYA sahaja.

Sebagaimana yang diterangkan di dalam Kitab Al-Fiqh ^Alal Mazahib Al-Arba^ah, cetakan Al-Maktabah At-Tijariyah Al-Qubra Al-Misr (Mesir), 1970, Juzuk Pertama, m/s 195, bagi Al-^Alim Al-^Allamah Asy-Syaikh ^Abdur Rahman Al-Jazairiy.

[IMG]http://i820.photobucket.com/albums/zz125/firdaus83_2009/AlFiqh/IMG_0006.jpg [/IMG]

[IMG]http://i820.photobucket.com/albums/zz125/firdaus83_2009/AlFiqh/IMG_0007.jpg [/IMG]

[IMG]http://i820.photobucket.com/albums/zz125/firdaus83_2009/AlFiqh/IMG_0008.jpg [/IMG]

......

Firdaus83 said...

Dan, juga tersebut di dalam Kitab Hasyiah Bujarimiy ^Alal Iqna', bagi Asy-Syaikh Sulaiman AL-Bujairimiy, Cetakan Darul Fikr, 1981, Juzuk 1, m/s 405, baris 11 dari atas.

[IMG]http://i820.photobucket.com/albums/zz125/firdaus83_2009/HasyiahBujarimiy/IMG_0003-1.jpg [/IMG]

[IMG]http://i820.photobucket.com/albums/zz125/firdaus83_2009/HasyiahBujarimiy/IMG_0002-1.jpg [/IMG]

[IMG]http://i820.photobucket.com/albums/zz125/firdaus83_2009/HasyiahBujarimiy/IMG-3.jpg [/IMG]

.....

Dan, tersebut di dalam Kitab Busyral Karim Bi Syarhiy Masa'ilit Ta^lim, bagi Asy-Syaikh Sa^id Ibnu Muhammad Baa ^Isyan, juzuk awal, cetakan ke-2, 1948, Syarikat Maktabah Wa Mataba^ah Mustafa Al-Babil Halabiy Wa Auladuhu Bi Misr (Mesir / Egypt), Juzuk 1, m/s 67, baris 13 dari bawah.

[IMG]http://i820.photobucket.com/albums/zz125/firdaus83_2009/Busyral%20Karim/IMG_0001.jpg [/IMG]

[IMG]http://i820.photobucket.com/albums/zz125/firdaus83_2009/Busyral%20Karim/IMG_0002.jpg [/IMG]

[IMG]http://i820.photobucket.com/albums/zz125/firdaus83_2009/Busyral%20Karim/IMG.jpg [/IMG]

Lebih kurang Melayunya ;

Maka, jika tiada upaya seseorang sembahyang dengan mengiring, hendaklah ia bersembahyang terlentang di atas tulang belakangnya.

Dan, hendaklah dia meninggikan kepalanya sedikit dengan menggunakan sesuatu barang kerana WAJIB menghadapkan mukanya ke arah Qiblat.

Maka, jika sekiranya uzur ia dengan menghadapkan mukanya ke arah Qiblat. WAJIBLAH ia menghadapkan dengan DUA TAPAK KAKINYA ke arah Qiblat.

Dan, jika sekiranya ia telah dapat menghadapkan MUKANYA ke Qiblat. Maka, SUNAT sahaja ia menghadapkan TAPAK KAKINYA ke Qiblat.

...............................

Ingatlah, salah satu perkara yang DIPERJUANGKAN oleh Jamaah Tabligh iaitu ;

“MEMBAWA SIFAT-SIFAT DAN JUGA RUH SOLAT ATAU SEMBAHYANG KE DALAM HIDUP SEHARI-HARI ATAU DI LUAR SEMBAHYANG !!!”

......

Bukankah TIDUR TERLENTANG MENGHADAPKAN MUKA DAN TAPAK KAKI ke Qiblat merupakan SIFAT ATAU RUH SEMBAHYANG ???

.....

Jadi, kesimpulannya, TIDUR TERLENTANG dengan menghadapkan KEPALA ke arah Qiblat atau BELAKANG BADAN ke Qiblat adalah KERJA MEMBELAKANGKAN QIBLAT yang mana ia berlawanan dengan SIFAT SEMBAHYANG..

Dan, juga bersalahan dengan ajaran NABI MUHAMMAD SAW tentang cara MENGHADAP QIBLAT dalam keadaan terlentang !!!!

.....


“Allahumma Arinal Haqqa Haqqan, Warzuknatiba'ah !!! ”

(Ya Allah, perlihatkanlah kepada Kami perkara yang benar itu sememangnya benar. Lalu, Kurniakanlah kami dapat menurutinya.)

“Wa Arinal Batila Batilan, Warzuknajtinabah !!!”

(Dan, perlihatkanlah Ya Allah kepada kami perkara yang salah itu sememangnya salah. Dan, Kurniakanlah kami menjauhi kesalahan itu. Amin Ya Allah.)