Feb 7, 2011

PERINGATAN SEBELUM MEMBACA ARTIKEL JEMAAH TABLIGH INI (2)


     18. Antara contoh perkataan-perkataan orang Tabligh, yang banyak menyesatkan manusia-manusia yang awwam ialah, 

         a. “Semua perkara itu telah Allah tetapkan, tetapi Iman masih belum Allah tetapkan, ianya bergantung sejauh mana kita berkorban di jalan Allah (Keluar Cara Tabligh).” 

        b. “Allah Taala sangat mengasihi AGAMA-Nya lebih daripada NABI-NABI-Nya, ALLAH Taala sanggup lihat Nabi-Nya disusah payahkan. Tetapi tuan-tuan, Allah Taala tak sanggup biarkan agamanya runtuh walau sedikit pun.”

        c. “Tuan-tuan, Iman itu hanya dapat ditingkatkan dengan perantaraan dakwah sahaja. Jadi InsyaAllah, sapa nak keluar 4 Bulan, 40 Hari, 3 Hari.. Sila bangun tuan-tuan bagi nama.....”

        d. “Tuan-tuan, sewaktu Nabi Ibrahim as masih kecil dan belum beriman, dia telah mengatakan Bulan, Bintang, dan Matahari itu Tuhan. Tetapi, selepas ia beriman,...”

        e. “Kalau Allah swt tak boleh ubah Taqdir buruk (Kufur dan Maksiat) kita, maka Allah Taala bukan Tuhan.

        f. “Dalam Al-Quran ada perkataan Izin Allah, Tuan-tuan, kita ini melakukan sesuatu itu semua dengan Izin Allah. Tanpa Izin Allah, kita semua tak boleh bergerak. Daun-daun di hutan, sehinggakan pasir-pasir dilautan semua bergerak dengan Izin Allah.” 

        g. “Maksud hadis lebih kurang; Abu Bakar ra tanya Nabi saw selepas masuk Islam; “Apa kerja aku?” Nabi saw bersabda; “Kerja tuan sama lah dengan kerja saya.” Abu Bakar ra faham bahawa kerja Nabi saw ada lah dakwah. Abu Bakar terus buat dakwah dan dapat mengislamkan 6 orang pada masa hari itu juga. Apa yang Abu Bakar ra belajar masa itu? Iman.. yakin bahawasanya ALLAH taala sahaja rob sekelian alam. Abu Bakar terus buat dakwah, ilmu satu inci pun tarak apa yang tau? "Allah maha kuasa makhluk tiada kuasa" lagi? kalimah toibah.” 

        19. Sila nyatakan Ayat Al-Quran dan Hadis yang menjelaskan perkara-perkara ini secara tepat, dari Kitab apa, karangan siapa, halaman dan juzu’ berapa, syarikat percetakan dan tahun percetakannya.  

        20. Jika kata-kata di atas tidak berdasarkan mana-mana sumber atau Kitab, maka ia merupakan pendustaan oleh orang-orang Tabligh di atas Kalimah “Dakwah Nabi saw.” 

        21. Perkara ini tidak mustahil boleh berlaku. Ini kerana, sumber utama bagi orang-orang Tabligh untuk berkata-kata Agama ialah hanya dari sahabat-sahabatnya yang jahil, dan juga dari bayan-bayan yang didengarinya sebelum ini. 

        22. Sedangkan Ilmu Dakwah itu datangnya dari Nabi saw, turun ke Sahabat, turun ke Tabi’in dan turun ke ulama’ dan Fuqaha’ (Kitab-kitab Muktabar). 

        23. Ketahuilah oleh mu! Tiadalah “dakwah” itu digelar “dakwah” jika berkata-kata agama berdasarkan “Fikir-fikir Agama”, dan bukan sumbernya dari menelaah atau mengaji Kitab-kitab Muktabar. 
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
        24.  Jika ada orang-orang Tabligh berkata,

“Tak kan salah, semua orang dah cakap macam tu. Kalau macam tu, satu dunia boleh Murtad lah. Zalimlah Allah Taala?”

        25. Ya, jika satu dunia menyebut perkara-perkara yang melanggar batas Asas-asas Agama (Usuliddin). Maka, satu dunia menjadi Murtad dan mesti bertaubat kembali. Allah Taala tetap tidak zalim. 

        26. Kita ini adalah milik Allah, jadi Allah bebas melakukan sesuatu perkara di atas diri kita. Inilah Haq Allah Taala. InsyaAllah, kami akan terangkan masalah ini di dalam Risalah yang akan datang.

        27. Ketahuilah olehmu, di dalam Agama Islam, tiada perkataan Majoriti. Apa yang salah, ia tetap salah walaupun majoriti berkata begitu. Ini kerana, perkara Agama itu mesti bersumberkan Al-Quran dan Hadis, Ijmak dan Qias yang diambil dari Al-Quran dan Hadis.  

        28. Satu dalil dari Al-Quran, Al-Hadis, Ijmak dan Qias sahaja sudah cukup untuk menghapuskan segala majoriti yang ada.

        29. Mudah-mudahan kita semua mengambil berat akan sesuatu perkara agama, dan bukan menjadi orang yang bermudah-mudah di dalam berkata-kata agama. Islam itu mudah, tetapi jangan ambil mudah.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
        30. Baiklah, para pembaca yang budiman! Kini, kami bawakan pula beberapa buah Kitab Muktabar yang menerangkan bahawa hukuman Haram, benar-benar jatuh kepada si Jahil yang suka berdakwah agama, seperti orang-orang Tabligh. 

        31. Tersebut lagi di dalam Kitab Tanbihul Ghafilin, bagi Asy-Syaikh Nasar bin Muhammad bin Ibrahim As-Samarqandiyy (Uzbeckistan), m/s 33, baris 5 dari bawah.

 
 - ...... Telah berkata Al-Faqih Abul Lais Ra, “Orang yang melakukan ‘AMAR BIL MA’RUF’ berhajat (perlu) kepada lima perkara. 

Pertama, Ilmu pengetahuan. Kerana bahawasanya, orang yang jahil tentang ilmu agama tidak layak sama sekali menjalankan kerja ‘Al-Amru Bil Ma’ruf.’ (Menyuruh berbuat kebaikan / Dakwah kepada kebaikan).”
 ...............................
         10. Tersebut lagi di dalam Kitab Tuhfatul Murid, Hasyiah A’la Matni Jauharatit Tauhid, bagi Asy-Syaikh Al-‘Allamah Ibrahim b. Muhammad Al-Bayjuri, m/s 329, baris 7 dari atas. Cetakan Maktabah Darus Salam, Al-Qaherah, Jumhuriyyah Misr Al-‘Arabiyyah. Cetakan ke-3, 1427 H / 2006 M.


 - Dan, ketahuilah oleh mu, bahawasanya Wajibnya kerja ‘Al-‘Amru Bil Ma’ruf Wal Nahyu Anil Munkar’ dengan beberapa syarat. 

Pertama; Bahawasanya, hendaklah ada orang yang menjalankan kerja demikian itu (Al-‘Amru Bil Ma’ruf Wal Nahyu Anil Munkar), berilmu dengan apa yang disuruh dan dengan apa yang dilarang.  

Orang yang jahil tentang Ilmu Agama tidak halal (Haram) baginya melakukan kerja ‘Al-‘Amru Bil Ma’ruf Wal Nahyu Anil Munkar.’ 

Tidak Halal bagi orang awam (Bukan dari golongan orang yang berilmu agama) melakukan ‘Al-‘Amru Bil Ma’ruf Wal Nahyu Anil Munkar’ pada perkara yang ia tidak berilmu tentangnya. 

Adapun, pada perkara yang diketahui Hukumnya secara jelas oleh orang awam, dan orang yang berilmu Agama. Maka, bolehlah orang awam itu melakukan kerja ‘Al-‘Amru Bil Ma’ruf Wal Nahyu Anil Munkar’ pada perkara tersebut itu sahaja.
...............................
        11. Tersebut di dalam Kitab Hasyiah Asy-Syaikh Muhammad Ibni Muhammad Al-Amir ‘Ala Syarhi Asy-Syaikh Abdis Salam Ibni Ibrahim Al-Malikiyy Li Jauharah At-Tauhid Lil Imam Al-Laqqaniyy Wa Bi Hamisyiha “Ithaful Murid Syarah Asy-Syaikh Abdis Salam Al-Malikiyy ‘Ala Jauhatit Tauhid Al-Mazkurah.”, m/s 161, baris 11 dari bawah. 


-.....Dan sebahagian daripada syarat halalnya melakukan ‘Al-‘Amru Bil Ma’ruf’ iaitu bahawa hendaklah ada orang yang menyuruh dengan perkara Ma’ruf itu berilmu agama dengan apa yang disuruhnya akan dia, dan dengan apa yang dilarangnya akan dia. 

Maka, tiada halal (Haram) bagi si jahil tentang hukum hakam agama (aturan hukum agama) mencegah, atau melarang apa yang dia lihat akan dia. Dan, tiada halal (Haram) ia menyuruh dengan suatu perkara tentang agama, yang ia tidak berilmu tentangnya.....
.........................
        32. Kesimpulannya, dapatlah diketahui bahawa Haram berdakwah di dalam keadaan Jahil. Dan, dakwah itu hanya boleh berjalan ke atas mereka yang tahu atau berilmu di atas perkara yang mahu didakwahkan.

        33.  Belajarlah sahabat-sahabat ku, belajarlah Tauhid!! Belajar dari Kitab-kitab Tauhid yang Muktabar supaya kita dapat mengenal keburukan dan menyelamatkan diri darinya.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
        34. Sebagai memberi alasan, mereka mengatakan lagi, 

“Majlis kami bukan Majlis Ilmu, tapi majlis fikir-fikir Agama.”

        35. Ketahuilah oleh mu, di majlis di mana menyebut nama Allah dan menceritakan perihal perkara-perkara Sam’iyyat (Perkara-perkara yang Ghaib), yang hanya dapat diketahui melalui keterangan-keterangan Al-Quran dan Al-Hadis. Maka, majlis itu adalah Majlis Ilmu Tauhid.

        36. Dan, tidak ada jalan bagi aqal (fikir-fikir agama) boleh masuk pada memahami perkara-perkara Sam’iyyat, seperti wujudnya dosa dan pahala, syurga dan neraka, Masyhar dan Mizan, azab dan nikmat kubur, perjalanan ruh, dan hal ehwal huru-hara hari Qiamat melainkan dengan perkhabaran Syara’, iatu Al-Quran dan Hadis.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
        37. Telah berkata lagi orang-orang Tabligh yang masih lagi tidak berpuas hati dengan penerangan kami, 

“Kalau kamu bertaubat, Allah pasti ampunkan. Kenapa kamu mesti menyebarkan keburukan Jamaah Tabligh?”
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 Peringatan Ke-2!!

        1. Ketahuilah oleh mu wahai para pembaca yang Insaf, cara Taubat Iktiqad itu adalah berlainan dengan Taubat kesalahan yang tidak membawa Murtad. Maka, cara Taubat Iktiqad itu ialah Mengakui Kesalahan, Serta Menarik Balik Kenyataan atau Kepercayaan Yang Salah itu. 

         2. Perkara Taubat Iktiqad ini telah dinyatakan di dalam Kitab ‘Aqidatun Najin Fi ‘Ilmi Usuliddin, bagi Al-’Alim Al-’Allamah Asy-Syaikh Zainul ‘Abidin b. Muhammad Al-Fathani, m/s 120, baris 3 dari atas. 
 
- Dan lagi, disyaratkan rujuk (kembali) Ia (orang yang Murtad) daripada barang yang mengharus (mengboleh) ia akan dia (akan perkara yang haram) itu, serta mengucap dua kalimah itu. 

Jika adalah kufurnya dengan engkar akan (suatu) fardhu umpamanya, atau mengharuskan (membolehkan) apa yang diharamkan. 

Maka, hendaklah ia rujuk (kembali) pada ingkarnya, (Dengan menarik balik kata-kata yang engkar. – Pent.) serta mengucap 2 kalimah itu.
.........................
        3. Panggillah beberapa Sahabat yang boleh dipercayai. Yang pertama, menarik kembali kata-kata yang SALAH itu semula seperti apa yang saya lakukan. Yang keduanya, mengucap dua Kalimah Syahadah. 

        4.  Ini satu Peringatan! Selagi saudara dan saudari pembaca tidak menarik kembali kata-kata yang Murtad itu, syarat Taubat masih belum sempurna.

        5. Contoh terbaik dalam perkara Taubat dan rujuk kembali daripada keyakinan dan aqidah yang Salah ialah Qisah Taubat Al-Imam Abul Hasan Al-Asya’ari, Imam Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Beliau mengisytiharkan Taubatnya pada Hari Jumaat di atas Mimbar Masjid Jamek di Basrah, Iraq. 

        6. Beliau telah memperincikan setiap kesalahan aqidah yang telah beliau anuti dan yang telah disebarkan kepada orang ramai. Apa yang lebih penting lagi, beliau karang Kitab tentang kesalahan dan kesesatan Aqidah yang beliau anuti sebelum Taubat itu dan Kitab itu disebarkan kepada orang ramai sebagai panduan.  

        7. Sila rujuk Kitab Muzakkiratut Tauhid Wal Firaq, bagi Asy-Syaikh Hasan As-Sayyid Mutawalli, Juzu’ yang pertama, m/s 18-19. InsyaAllah, kami akan kisahkan perkara ini di dalam Risalah yang akan datang.   
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
        8. Dan, inilah nasihat kami yang terakhir kepada semua manusia, istimewanya orang-orang Tabligh yang berdakwah (cara Tabligh) dan berkata-kata agama bersumberkan sahabat-sahabatnya yang Jahil.

        9. Telah lalu disebut di dalam Kitab ‘Aqidatun Najin Fi ‘Ilmi Usuliddin, bagi Al-’Alim Al-’Allamah Asy-Syaikh Zainul ‘Abidin b. Muhammad Al-Fathani, m/s 12, baris 15 baris dari atas.


 .....(Sahdan) Telah berkata ‘Ulama, Haram belajar Ilmu Usuliddin (Asas Agama) daripada orang yang tiada mahir ilmunya. Dan, tiada mengambil daripada gurunya.  

Maka, adalah pada zaman sekarang ini, beberapa daripada manusia yang mendakwa dirinya ‘Alim yang mengajar ia akan manusia yang awam dengan pengajaran yang menyesatkan.

(Dan setengah) Daripada mereka itu yang berpegang dengan Ayat Al-Quran yang Mutasyabihat (yang samar2) atau Sunnah (hadis) yang Mutasyabihat (yang samar-samar). 

Pada hal, tiada dilintangkan dengan “Qawati’ a’liah” (Pemutus hukum akal) dan “Naqliah” yang Muhkamat (Ayat-ayat Al-Quran yang terang), tetapi mengambil mereka itu dengan “Zawahir” (Zahir-zahir yang nyata) ayat Mutasyabihat (yang samar). 

Maka, jadi jatuh mereka itu pada laut kufur (kafir). Maka, sesat mereka itu, dan lagi menyesatkan mereka itu akan manusia yang awam. A’uzubillahi minzalik. 

Maka, adalah mereka itu seperti dajal atau terlebih jahat dari dajal.”
........................
        10. Sedarlah, jangan berkata-kata Agama jika kita merasakan kita jahil Agama. Janganlah hanya berdalih dengan mengatakan pelbagai alasan.  

        11. Kelak, kita ini akan menjadi seperti dajal, malah akan menjadi terlebih jahat dari dajal kerana menyesatkan manusia atas nama Dakwah Nabi Muhammad saw.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

BAIKLAH!!! SELEPAS INI. PENGARANG AKAN MENYATAKAN SEGALA PERKATAAN-PERKATAAN YANG PERNAH DISEBUTKAN DI KALA KEJAHILAN SEMASA MEMBUAT USAHA TABLIGH.

        1. Perkara-perkara ini memang pernah di sebut oleh saya, dan juga sahabat-sahabat saya yang  pernah membuat Usaha Tabligh selama mana mereka berada di dalam Jamaah Tabligh.

        2. Mudah-mudahan memberi petunjuk oleh Allah kepada kita bagi mengenal kesesatan-kesesatan yang halus lagi tersembunyi di akhir zaman ini.  

3 comments:

KERTAS A4 BLOG said...

Hmmm... ilmu tinggi ni..tak berani nk kommen bro.. hehe.. Apepon, rujuk Al-Quran dan As-Sunnah.. :)

Abu Naim said...

السلام عليكم ورحمة الله

Saya ini orang luar bukan ahli Jemaah Tabligh. tetapi saya perhatikan orang2 tabligh ini ada pelbagai ragam. Ada yang memang sangat bagus akhlaq dan perlakuannya, ada pula yang saya rasa bahawa dianya itu yang perlu di-tablighkan :). Tetapi saya rasa ini adalah ragam manusia, takkan kerana nila setitik, nak buang susu sebelanga? takkan kerana segelintir mereka yang jahil, taksub dan taqlid organisasi maka semua ahli jemaah tabligh pun sama?

Kesemua jenis organisasi, x kira berasaskan agama atau politik, bila dah jadi terlampau besar dan bertingkat-tingkat akan mengalami masalah terutamanya masalah komunikasi...jadi bagaimanakah pula caranya Jemaah Tabligh memastikan saluran komunikasinya dari atas ke bawah sentiasa lancar?

kitab yang terjamin yang terpelihara keasliannya adalah Al-Quran sahaja, kitab-kitab lain penulisan manusia perlu pantauan dan penilaian semula mengikut keadaan semasa ...mungkin jemaah tabligh peringkat atasan perlu buat pantauan yang lebih ketat ke atas SOPnya dari masa ke semada...

Manusia memang tidak lepas dari kesilapan, mungkin di hati mahu menyampaikan tarbiyah yang baik, tapi mazmumah masih menguasai....maka kalimat-kalimat yang keluar dari mulut disampaikan dengan cara yang kurang berhikmah dan mengelirukan, jadi saya berbalik kepada pendapat pertama saya tadi, mungkin yang perlu di-tabligh selalu adalah ahli-ahli jemaah tabligh itu sendiri, hanya ahli yang benar-benar kompeten sahaja dibenarkan keluar ke masyarakat...

manusia kebanyakannya tidak terlepas daripada apa yang orang putih panggil 'holier-than-thou-attitude'...perasan lebih warak, baik dan alim daripada orang lain...rasa-rasanya dalam semua jenis jemaah Islam mmg ramai orang yang sebegini. Golongan inilah yang patut diberikan tarbiyah yang lebih keras dan insentif...na'uzubillah min zalik, jgnlah saya dan anda semua termasuk golongan ini :)...semoga Allah kurniakan bimbingan, pimpinan hidayah dah hikmah ke atas kita semua.

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

Amin..