Feb 7, 2011

PERINGATAN SEBELUM MEMBACA ARTIKEL JEMAAH TABLIGH INI (1)

        A. Risalah ini adalah merupakan Hadiah yang sangat bernilai kepada orang-orang Tabligh yang ;

        a. Cinta kepada Allah, cinta kepada Nabi saw dan cinta kepada ‘Alim Ulama’.

        b. Masih terbuka hatinya untuk menerima keterangan Nas Al-Quran dan Al-Hadis, Ijmak dan Qias yang berdasarkan Al-Quran dan Hadis.

        c. Mahu menerima kebenaran yang di sampai oleh Ulama’ dan Fuqaha’ (Kitab-kitab Muktabar) walaupun ia pahit menikam jiwa.

Maka, orang Tabligh seperti di atas mempunyai harapan untuk berubah, dan kembali bertaubat di atas percakapannya yang membawa Murtad. 

DAN, 

        B. Risalah ini adalah merupakan Racun yang sangat berbisa kepada orang-orang Tabligh yang ;

        a. Cinta kepada Allah, cinta kepada Nabi saw, dan bencikan para ‘Alim Ulama’.

        b. Sudah tertutup hatinya untuk menerima keterangan Nas Al-Quran dan Al-Hadis, Ijmak dan Qias yang berdasarkan Al-Quran dan Hadis.

        c. Sudah tertutup hatinya untuk menerima kebenaran yang di sampai oleh Ulama’ dan Fuqaha’ (Kitab-kitab Muktabar) walaupun ia manis seperti madu.

Maka, orang Tabligh seperti di atas ini tiada harapan lagi untuk sembuh. Setiap hujjah atau dalil yang diberikan kepada mereka akan disangkal dan dilemparkan ke belakang mereka. Hanya alasan yang diberikan.  

        C. Ingatkanlah pesanan ini!

“Sangat buruk perilaku orang-orang yang berilmu, lagi sombong. 
Tetapi, lebih dahsyat lagi keburukan perilaku orang-orang yang bodoh, 
lagi sombong.”

Bukanlah orang yang sombong itu disebabkan bangga di atas kekayaan hartanya. 

Tetapi, orang yang sombong itu ialah, 
orang yang tidak mahu menerima kebenaran, walaupun telah sampai 
kepada mereka kebenaran.”


 PERINGATAN !!!

        1. Tuan-tuan pembaca yang budiman, di dalam perihal menceritakan Tabligh ini, kami tidak menyatakan kesesatan Tabligh berpunca dari perkara-perkara di bawah ;

  • Ustaz-ustaz Tabligh yang membuat dakwah menggunakan Kitab-kitab Muktabar, dan bukan berdasarkan Aqalnya semata-mata, 
  • Memakai serban, jubah, kayu Sugi, celak dan lota, 
  • Memasak dan makan mengikut Sunnah Nabi saw, 
  • Membelanjakan harta dan korban di jalan Allah, 
  • Mengajak dan menghidupkan solah berjemaah 5 waktu sehari semalam, 
  • Mengajak manusia kepada agama dengan berhikmah, 
  • Merendahkan dan menahan nafsu dari perkara yang tidak disukai Allah, 
  • Mendekatkan diri dan menangis kepada Allah, 
  • Menjauhkan diri dari wanita-wanita yang bukan Mahram, 
  • Memalukan dan menebalkan muka untuk mengajak manusia kepada Allah, 
  • Menutup muka dan memakai hijab bagi si isteri dan anak-anak perempuan, 
  • Hilang kawan kerana sentiasa kerap mengajak manusia kepada Agama, 
  • Memelihara Janggut, 
  • Mengamalkan dan menghidupkan Sunnah-sunnah Nabi saw yang lain, 
  • Sentiasa bermujahadah di jalan Alah selama 3 Hari, 40 Hari, 4 bulan, dan Setahun, 
  • Melagangkan usaha Tabligh adalah satu-satunya Usaha Dakwah yang bergerak ke serata Alam.
        2. Kami juga tidak pernah mengatakan orang Tabligh itu sesat kerana menunjukkan amalan Zahir yang Soleh seperti apa yang dinyatakan di atas.

        3. Tetapi sesungguhnya, punca sebenarnya Kesesatan Orang-orang Tabligh itu adalah terletak pada isi atau Intipati Penyampaian Dakwahnya itu

        4. Ingatlah sahabat-sahabatku, bahawa kami ini bukan melarang kerja atau Usaha Dakwah Nabi saw itu, tetapi kami melarang dan mengharamkan si jahil berkata-kata Agama tanpa belajar Ilmu Tauhid.

        5. Ini adalah suatu Perintah Allah swt kepada kami agar melakukan ‘Al-‘Amru Bil Ma’ruf (Mengajak Manusia ke arah kebaikan) dan Nahyu Anil Munkar (Mencegah daripada Kemungkaran) yang berlaku kepada Ummat akhir zaman ini, lebih-lebih lagi di dalam Ilmu Tauhid.

        6. Jangan lah ada di antara kita di sini memberi alasan bahawa, 

“Kami hanya Niat mahu Belajar cakap-cakap Agama.”

        7. Kerana sesungguhnya, niat yang baik itu, tidak boleh menghalalkan cara.  Kami tekankan sekali lagi kepada para pembaca yang budiman,  bahawa ;

“Tujuan risalah ini adalah sebagai Memberi Peringatan kepada mereka (Orang-orang Tabligh) yang banyak berkata-kata Agama walaupun di dalam keadaan Jahil Agama. ”

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

        7. Jika ada orang Tabligh berkata lagi, 

“Ini pendapat kamu sahaja yang melarang kami berkata-kata agama di dalam keadaan Jahil. Ulama’ lain tak ada kata apa-apa pun?”

        8. Baiklah, kami jawab perkataan mereka itu! 

        9. Saudara dan Saudari pembaca yang budiman, di dalam Cabang Ilmu Furu’ atau lebih dikenali sebagai Ilmu Fiqh. Terdapat di dalam kebanyakan Kitab Ilmu Fiqh, ada menerangkan Bab Riddah (Murtad). 

        10. Ini ditujukan khas kepada Muslimin dan Muslimat agar sentiasa menjaga dan memelihara lidah dari perkara-perkara yang boleh membawa Riddah (Murtad). Malah, inilah yang sering dilanggar dan sering berlaku kepada orang-orang Tabligh yang jahil di dalam Ilmu Agama.

        11. Untuk mempertegaskan dalil kami ini, marilah kita sama-sama menelaah Kitab  Bughyatut Talib Li Ma’rifatil Ilmid Diniyyil Wajib, bagi Asy-Syaikh Abdullah Al-Harari Al-Ma’ruf Bil Habasiyyi, Juzu’ 1, m/s 71.



BABUR RIDDAH (BAB MURTAD)

- Ini suatu fasal pada menyatakan tentang Riddah (Murtad). Wajiblah di atas setiap orang Islam menjaga keislamannya, dan memelihara keislamannya daripada perkara yang merosakkan Islam, dan membatalkan Islam, dan memutuskan Islam, iaitu RIDDAH (MURTAD), Wal’iyazubillahi Taala. 

Dan telah berkata Imam Nawawi serta lain Ulama’, 

 
“Bermula Riddah @ Murtad itu sekeji-keji perkara dari segala cabang kekufuran.”

Dan, lagi pada Halaman 72.


  Syarah : Pada ini zaman, ramai dari kalangan manusia menggunakan lidah-lidah mereka untuk bercakap dengan perkataan yang rosak, yang mengeluarkan daripada agama Islam. 

(Menyebabkan orang yang bercakap itu Murtad atau terkeluar dari Islam. – Pent.)

Dan, tidaklah mereka memandang atau merasakan akan perkara yang demikian itu dapat mengeluarkan (diri mereka) daripada agama Islam. Bahkan, mereka juga tidak memandang atau merasakan akan perkara ini sebagai suatu dosa kesalahan. Dan, mereka masih merasakan bahawasanya diri mereka itu tetap sebagai orang Islam.

Hal ini bertepatan dengan Sabda Nabi SAW


 “Sesungguhnya, seorang Hamba itu berani berkata-kata dengan sesuatu perkataan, yang mana ia tidak merasakan dengan perkataan itu sebagai suatu dosa, yang menyebabkan dia terhumban dengan sebab perkataan itu ke dalam Api Neraka Jahannam selama 70 tahun.”

Hadis Hasan, Riwayat Tarmizi dalam Kitab Zuhud.

Dan telah mengeluarkan Imam Bukhari di dalam Sahihnya, pada Bab Hifzul Lisan (Menjaga Lidah) dalam Kitab Ar-Riqaq.


 “Sesungguhnya, seorang hamba itu berkata-kata dengan satu perkataan yang memisahkan (iman dan islam) pada perkataan itu. 

Tergelincir ia dengan sebab perkataan itu ke dalam api neraka, yang mana jaraknya (dalam neraka itu) lebih jauh daripada jarak timur dan barat.”

...................................

        12. Kesimpulannya, inilah kesan berkata-kata agama di dalam keadaan Jahil. Tidak sedar sudah jatuh ke dalam keburukan, tetapi menyangka apa yang dibuatnya itu benar-benar agama. Malah, dilabelkan kata-kata Murtad dan Kufur itu sebagai Kata-kata Iman. 


        13. Lalu, mereka (orang-orang Tabligh) melawan hujjah yang kami sampaikan ini dengan kata-kata seperti di bawah, 

“Beranikanlah diri untuk bercakap agama apa sahaja. Dan, jangan takut tersalah cakap tentang agama. Kita ini hanya niat nak belajar-belajar cakap agama. Allah pasti ampunkan para Jemaah Tabligh yang telah terlalu banyak berkorban di Jalan Allah.”

        14. Secara tidak langsung, mereka telah menafikan amaran yang telah disampaikan oleh Penghulu kita, iaitu Nabi saw sendiri dengan kata-kata hujjah aqal mereka sendiri.  

        15. Apakah musibah yang melanda ummat akhir zaman ini? Sehingga ada di antara manusia yang berani berkata-kata agama menggunakan Aqal semata-mata, dan sanggup melemparkan Nas dan keterangan Agama di belakang mereka. 

        16. Maka, Adakah hukum Allah itu boleh disangkal dan boleh ditolak dengan “Keputusan Mesyuarat” ibarah sampah yang boleh dipijak-pijak sesuka hati? 


         17. Tidakkah para pembaca budiman melihat kesesatan mereka ini!!! Kesesatan Pertama! Melawan, malah engkar dengan apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad saw, dan juga Ulama’ dan Fuqaha’ (Kitab-kitab Muktabar).


5 comments:

sebaik2 said...

Alhamdulillah.

Ini adalah pencerahan ILMU buat mana2 manusia yg ingin bertabligh. begitulah sebaiknya yg berilmu itu makin kuat bekorban kejalan ALLAH dalam membuat usaha agama dan mencerahkan mana yg haq dan batil baik di dalam jemaah itu sendiri kursusnya dan masyarakat amnya.

sebaik2 said...

Alhamdulillah. ada pencerahan disini.

banyak manafaat dan semoga jemaah tabligh sentiasa di dalam RAHMATNYA.

Amin.

Anonymous said...

salam.sy rasa awak ni tergolong dr orang yg sombong.baca blk maksud sombong yang awak bagitau.

Anonymous said...

salam.sy rasa awak tergolong dr orang yg sombong.awak lebih faham maksud sombong.tq

hasri.blog said...

itu bnr tetapi sy hrp pemilik blog juga perlu kaji secara ilmiah kenapa dan asbab-musabab jemaaah tabligh diwujudkan di India lalu berkembang di malaysia,