Feb 6, 2011

KENALI JEMAAH TABLIGH


Jemaah Tabligh didirikan oleh Muhammad Ilyas bin Ismail (L.1303H/ 1885M - W.1363H/1944M). Kelahiran gerakan ini telah dimulai pada tahun 1926 di Delhi, India. Tujuan didirikan gerakan ini adalah untuk berdakwah dengan datang secara langsung ke daerah yang menjadi sasaran dakwah.

Method yang dipakai biasanya dengan mendirikan unit-unit kecil yang terdiri daripada beberapa orang dan kemudian menghantar mereka ke pelbagai kampung. Unit-unit tabligh ini dikenali sebagai Jama'ah(kelompok). Mereka ini akan mengunjungi perkampungan dan mengundang kaum muslim setempat untuk berkumpul dimasjid atau tempat pertemuan yang lainnya. Kemudian mereka akan menyampaikan ceramah dakwahnya. Banyak juga kelompok ini yang bermukim di perkampungan dalam masa beberapa hari dengan menginap dimasjid, lengkap dengan perkakasan memasak dan segala peralatan hidup yang lainnya.

Sekilas mata memandang, misi gerakan ini nampak begitu mulia. Kekemasan dakwahnya menyebarkan Islam ke seluruh pelusuk dunia adalah alasan yang sering mereka banggakan. Perbezaan fahaman, budaya bahkan mazhab keagamaan sekalipun sering mereka abaikan demi usaha dakwah mereka itu. Prinsipnya kata mereka adalah berdakwah, diterima atau tidak adalah urusan lain. Disebabkan method dakwah mereka yang tidak betul, maka berlaku penolakan penduduk setempat kepada Jemaah Tabligh ini.

Sampai disini, kelihatan Jemaah ini kelihatan mulia, kerana terlihat sifat keteguhan dan kesabaran mereka dalam usaha dakwah. Maka mari kita lihat apa yang terjadi setelah gerakan ini berjalan.

Pada 16 Oktober 1965, telah diadakan pertemuan besar-besaran para Alim Ulama' seluruh negeri India, bertempat di Kirla, India. Pertemuan ini telah mengadakan perbahasan tentang kewujudan gerakan Jemaah Tabligh yang dirasakan telah cukup lama menimbulkan keresahan masyarakat Islam. Hasil pertemuan Ulama tersebut telah menyatakan bahawa kelompok Jemaah Tabligh ini adalah SESAT LAGI MENYESATKAN. Keputusan ini telah diambil setelah para Ulama' melakukan penelitian dan pengkajian secara adil dan saksama pada beberapa kitab-kitab, risalah dan edaran-edaran yang tersebar dikalangan Jemaah Tabligh dan ditulis oleh pemimpin-pemimpin mereka.

Diantara beberapa alasan yang dikemukakan oleh para Ulama tersebut ialah:-
  • Berdasarkan pengkajian dan penelitian yang mendalam dari beberapa kitab, edaran dan risalah yang ditulis oleh pemimpin Jemaah Tabligh, telah ditemukan ada kemiripan diantara fahaman Jemaah Tabligh dengan fahaman WAHABI. Seperti anti-taqlid terhadap imam-imam mujtahid, orang-orang yang sudah meninggal tidak dalam mendengar orang yang masih hidup, mengingkari Karomah Awliya dan lain-lain yang kesemuannya bertentangan dengan fahaman AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH
  • Kenyataan ini tidaklah menghairankan kerana jika diteliti lebih jauh, ternyata guru kepada pendiri gerakan ini adalah pengikut gerakan WAHABI di Arab Saudi. Abu Hassan Ali Al-Nadwi dalam kitabnya Dini Da'watu halaman 44 berkata 
" Sesungguhnya pendiri Jemaah Tabligh ini telah dididik oleh gurunya Rasyid Ahmad Al-Janjuhi". 
Muhammad Ilyas sendiri dalam kitab Malfudhot nya halaman 123 berkata " Guruku Al-Janjuhi adalah seorang quthub pembimbing pada zamannya dan mujaddid bagi umatnya".
  • Kemudian timbul persoalan, siapakah Rasyid Ahmad Al-Janjuhi yang menjadi guru kepada pendiri gerakan ini. Didalam kitab Fatawa Al-Rosyidiyah halaman 237, kitab bagi kumpulan fatwa Rasyid Al-Janjuhi, ia berkata
" Orang-orang yang telah menuduh Muhamad Bin Abd Wahab sebagai orang yang sesat. Padahal dia adalah orang yang soleh, pengamal hadis dan penentang bid'ah". 

Pada halaman 41, Rasyid Al-Junjuhi berkata " Sesungguhnya Al-Maulana Muhamad Ismail (penyebar gerakan WAHABI di India) adalah seorang yang alim, bertaqwa, penentang bid'ah, pengamal Al-Quran dan As-Sunnah dan pembimbing ummat. 

Pada halaman 105, Rasyid Al-Junjuhi telah mengeluarkan fatwanya " Ziarah Awliya' seperti tradisi yang berlaku, sebenarnya diperbolehkan pada kurun awal Islam, tetapi kemudian tidak diperbolehkan dimasa kini. Demikian juga dengan peringatan Maulid Nabi SAW. 

Guru lain yang memberikan bimbingan kepada pendiri gerakana Tabligh ini adalah Ahmad Al-Ambitawi Al-Saharanpuri dan Al-Syaraf Ali Al-Tahanawi. Kedua-dua mereka adalah pengikut fahaman WAHABI.
  •  Berdasarkan fakta, ramai pengikut Jemaah Tabligh yang meninggalkan kewajipan keluarganya untuk keluar rumah berdakwah. Yang lebih menyedihkan, ramai diantara mereka yang keluar untuk berdakwah, tapi ternyata TIDAK MEMILIKI ILMU PENGETAHUAN agama yang cukup. Sehingga terjadi penyesatan kepada orang-orang yang mendengar ceramah dan bayan Jemaah Tabligh ini.
  • Keputusan para Ulama' ini juga telah difatwakan oleh Ulama' AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH terkenal di India pada masa itu, seperti Syeikh Adam, Mufti India Bahagian Selatan dan Syeikh Al-Qothbay, Mufti Malibari India dan lain-lain. 
  • Walhasil, kewujudan gerakan ini telah banyak meyebarkan kerosakan daripada kebaikkan yang diciptakannya.
 Sumber Rujukan: 
KITAB AJARAN, FAHAM DAN AMALIYAH ASWAJA. 
Serial Tanya Jawab Panduan Bagi Warga dan
Pengurusan Nahdlatul Ulama(NU) 
Oleh Ustaz H. Muhibbul Aman Ali dan 
Disahkan oleh KH Abdurrohman Syakur (Rois Cabang Nahdlatul Ulama Kabupaten Pasuruan)
juga Disahkan oleh KH Masduqi Mahfudz (Pengurus Wilayah NU Jawa Timur)
juga Disahkan oleh KH Abdul Mujib Imron, SH (Anggota Dewan Perwakilan Daerah Republik Indonesia)
 Al-Faqir Ilallah
2 Rabi'ul Awwal 1432H

No comments: